10Ahli keluarga dikhuatiri lemas slepas trkena kepala Air, Luahan Adik mngsa buat ramai trsentuh

Semalam, berita mengenai sepuluh sekeluarga dikhuatiri lemas selepas penemuan mayat seorang wanita,Azizah Eiyi, 40 dan anak lelaki, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.

Berita menyayat hati itu pastinya mendatangkan kesan mendalam buat keluarga mangsa terlibat seperti mana dikongsikan oleh adik Azizah iaitu Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya.

Masih terkejut, mohon sedekah Al-Fatihah buat keluarga kakak. Syawalluddin berkata, berita mengenai kejadian menimpa keluarga kakaknya sangat mengejutkan dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

Dia bagaimanapun masih berharap agar ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejadian terbabit ditemui selamat.

Memetik laporan Sinar Harian, Syawalluddin berkata tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi tersebut.

“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,”katanya. Sementara itu, Syawalluddin dalam hantaran di platform TikTok memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah buat kakaknya sekeluarga.

“Sedekahkan al-Fatihah pada keluarga arwah kakak saya.

“Kepada yang mengenali Azizah binti Eiyi sekeluarga, beliau sekeluarga sudah kembali kepada Allah,”titipnya.

Moga keluarga disatukan selepas dilahirkan semula.

Syawalluddin juga berharap agar dapat disatukan di ‘alam sana’ sebaik sahaja dilahirkan semula kerana dia sangat menyayangi mereka. Setakat ini lapan lagi mangsa dikhuatiri masih hilang dalam tragedi kepala air di Kampung Air Putih, di daerah berkenaan pada Ahad.

Kemaskini terbaru

Sumber : ohmy medla

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*