“Doakan kami..”- Netizen sebak tengok reaksi M. Nasir sebelum berpisah di KLIA demi menunaikan Haji..

Lebih setahun selepas mengerjakan umrah pada 2024, maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir dan isteri, Datin Marlia Musa kali menyahut panggilan suci melengkapkan rukun Islam kelima, berangkat menunaikan haji hari ini.

Menerusi sebuah video Instagram di bawah artikel ini, M, Nasir dan Marlia dilihat tiba di lapangan terbang serta diiringi ahli keluarga sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Perkara tersebut dikongsi pemilik akaun dikenali sebagai Siella Zamri yang mendoakan perjalanan penyanyi juga komposer berkenaan.

“Semoga perjalanan Datuk dan Datin ke Tanah Suci dipermudahkan Allah.

- IKLAN -

“Segala amalan diterima dan mendapat haji mabrur. Doa kami semua sentiasa mengiringi setiap langkah, insya-Allah,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Mentera Semerah Padi turut mengulang siar foto momen di lapangan terbang sebelum berangkat dalam InstaStorynya.

Selain M. Nasir, selebriti tempatan lain yang turut menunaikan ibadah haji musim kali ini adalah Bella Dally dan suaminya.

VIDEO :

@siella.zamri Semoga perjalanan Dato M.Nasir & Datin Marlia Musa ke Tanah Suci dipermudahkan Allah, segala amalan diterima dan menjadi haji yang mabrur. Doa kami semua sentiasa mengiringi setiap langkah.Insyallah…Take care 🤍🕊️ #Haji2025 #DatoMnasir #DatinMarliaMusa ♬ Indah Rasa Bersyukur – Taya Tasya


Kredit – Kosmo, Tiktok Siella Zamri