Kami Tak Berpeluang Untuk Tunai Umrah Sebab Tiba Sedikit Awal Tak Seperti Yang Dirancang

Pelakon Amar Baharin dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagi Qobin selamat tiba di Madinah selepas 33 hari menjayakan kayuhan #JourneyToTanahHaram.

Sampai di Madinah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muqharabbin Mokhtarrudin (@qobindq)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Amar meluahkan rasa syukur atas perjalanan yang dipermudahkan untuk sampai ke destinasi.

Menurut Amar, keadaan cuaca agar mencabar sehingga mereka perlu menukar waktu untuk meneruskan kayuhan ke Tanah Suci.

Kami selamat hadir ke bumi Madinah, untuk ziarahmu ya Rasulullah.

Semoga engkau sudi terima kami, pengembaraan kami, dan kayuhan kami.

Bila masuk ke Iran, cuaca banyak berbeza. Terutama suhu dan angin yang sangat kuat sehingga kami terpaksa mengubah cara kayuhan.

Kami mula seawal lepas subuh dan sekitar 9:30 pagi kena habiskan kayuhan sebab terlalu panas.

Pernah mencecah sehingga 51 darjah celsius.

Cabaran yang dihadapi

@hotfm976_ Cerita pagi yang sangat menginspirasikan pagi ni ; #JourneyToTanahHaram Amar Baharin dan Datuk Qobin dengan berbasikal ✨ MasyaAllah, akhirnya sampai sudah mereka di Tanah Haram Madinah, dan ini perkongsian mereka berdua sepanjang perjalanan menuju ke sana.. Sebak 😭 #HotFM #BekpesHot #IndahkanMemori #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ original sound – Hot FM

- IKLAN -

Berkongsi lebih lanjut, Datuk Qobin nyaris ditimpa strok haba semasa menghala ke Algat akibat daripada keadaan cuaca yang terlalu panas.

Saya hampir kena strok haba sebelum sampai ke Qasim.

Dan hampir dilanda ribut pasir di Mirfa.

Selain itu, Amar dan Datuk Qobin memaklumkan bahawa mereka menamatkan kayuhan di Madinah kerana tidak berpeluang untuk menunaikan umrah di Mekah.

Difahamkan, ketibaan mereka di Madinah sedikit awal tidak seperti yang dirancang dan secara tidak langsung timbul komplikasi pada visa untuk menunaikan haji.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan masa yang ada sepanjang di Madinah dengan baik.

Sumber: TikTok @HotFM Instagram @amarbaharin