Harap lra tk makan hati tgk msg suami hantar buat isteri pertama, Sarah dedah msg syamsul tengok ni
Subuh tadi, Syamsul Yusof telah memuat naik klarifikasi panjang mengenai isu pemfailan nusyuz selain dakwaan mempunyai bukti perselingkuhan Sarah bersama seorang lelaki berstatus suami orang. Berang pengarah itu semakin memutar belit konflik rumah tangga mereka, aktres cantik ini kemudiannya turut membuat penjelasan lain.
1 dunia tahu awak kaki spin…Mimpi ke apa? Wake up bro
Berkenaan nasihat Syamsul yang meminta Sarah menerima takdir dimadukan, dia berkata sudah lama berlapang dada dengan ketentuan itu. Namun anehnya, mengapa hingga sekarang tuntutan untuk melafazkan talak masih dilengahkan. Bahkan cadangan untuk menggunakan jalan hakam juga dibantah oleh Syamsul dengan pelbagai alasan.
Siapa yang beriya WhatsApp merayu nak jumpa kata masih sayang?
Mengenai tuduhan nusyuz yang dilemparkan pihak Syamsul, Sarah persoalkan di mana buktinya jika benar? Sedangkan kandungan tuduhan nusyuz sebanyak 44 muka surat juga tidak mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan tersebut. Rupanya bukan Sarah sahaja, bahkan Datuk Yusof Haslam turut disekat (block) oleh anak sendiri.
Paling mengecewakan, Sarah baru mendapat tahu Syamsul melakukan penipuan alamat tempat tinggal dalam usaha untuk bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dahulu.
Kalau taknak bayar harta sepencarian, mutaah & nafkah tertunggak, takpe Mohd Syamsul
Akui amat penat dengan drama panjang direka oleh Syamsul, Sarah sepertinya sudah akur andai segala tuntutan nafkah, mutaah dan harta sepencarian tidak ditunaikan pihak sana. Justeru apa yang paling dimahukan sekarang adalah perpisahan dengan pengarah itu tanpa perlu buang masa lagi.
Kredit : IG Puteri Sarah Liyana