‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun

Kebiasaannya, segilintir golongan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas sudah tidak mempunyai kudrat untuk melakukan sebarang aktiviti memenatkan tubuh badan seperti memandu dalam tempoh lama.

71 tahun masih kuat, mampu bawa e-hailing

Namun, lain pula bagi seorang warga emas berbangsa Cina (Uncle) yang difahamkan bukan beragama Islam masih kuat mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing biarpun sudah berusia 71 tahun.

Menerusi hantaran dimuat naik di platform TikTok, pengguna dikenali @rosenikay memberitahu dia terharu dan terkesima dengan perkongsian sebuah video daripada grup WhatsApp mengenai seorang lelaki warga emas.

“Allahuakbar. Alkisah petang tadi (semalam), saya ambil Grab (guna perkhidmatan) dari Batu Belah ke Aeon Bukit Tinggi. Pemnadu berbangsa Cina berusia 71 tahun, masih sihat,”ujarnya.

Setiap hari doa, baca 17 ayat pertama surah Yasin
Apa yang membuatkan dirinya lebih tersentuh dan tidak menyangka apabila mendapat tahu pak cik berkenaan hanya mengamalkan doa pada setiap hari dan bacaan 17 ayat pertama Surah Yasin.

Ujarnya, pak cik berkenaan mengamalkan semua bacaan tersebut hasil daripada bergaul dengan rakan-rakan berbangsa Melayu suatu ketika dahulu di UMW Toyota.

“Bila saya tanya apa rahsianya. Apek tu jawab,”Hari-hari saya doa dan baca 17 pertama ayat dari surah Yassin. Siap baca dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaulannya degan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu. Meleleh air mata saya mendengarnya,”kongsinya lagi.

LIHAT VIDEO DISINI

Malah, pak cik berkenaan dilihat lancar membaca dan mengalunkan beberapa ayat surah tersebut seperti dalam bentuk nyanyian.

Moga dipermudahkan urusan dan mendapat bimbingan
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan lelaki tersebut kerana berupaya membaca dengan lancar selain mendoakan akan kesejahteraannya.

Sumber: TikTok @rosenikay

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.