‘Mana hati budi…’. Patutlah ali marah, hidayah buat bgini

Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada isu berbangkit di antara Siti Norhidayah dengan keluarga arwah suaminya.

Terbaru, Hidayah menerusi satu hantaran di TikTok memuat naik surat mahkamah tertera namanya sebagai defendan.

Nama plantif pula dipercayai kakak iparnya iaitu Sharifah Norwahidah binti Syed Mohd Ridzuan. Selain Hidayah, Syed Mohd Ridzuan, Syed Ali Mubarrak, Mohd Abdul Wahab dan Syed Uthman Hamzah juga sebagai defendan.

Di ruangan kapsyen, Hidayah berdoa semoga dirinya terus diberikan kekuatan dan segala urusan dipermudahkan.

Hidayah bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci kes yang sedang diperkatakan. Apa yang pasti ianya bukanlah mengenai harta pusaka kerana semua sudah mendapat bahagian masing-masing.

Sementara itu, pelawak Ali Puteh ada bersiaran langsung di TikTok mempertahankan dirinya. Ini susulan ada netizen mengkritik Ali selepas Hidayah memuat naik surat mahkamah berkenaan.

Dakwa Ali, Hidayah telah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan. Alasannya kerana penama di geran tanah tertulis nama arwah suaminya.

Ali mendakwa lagi, tanah itu dibeli kakak dan arwah Abam semasa arwah masih bujang lagi. Mereka mempunyai bukti surat jual beli di mana separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam.

@ohmedia Alamak ingat dah settle dah 😅 #aliputeh #hidayah #sembangentertainment #ns ♬ original sound – Oh! Media

Belum sempat tukar nama, Abam pula meninggal dunia sehingga segala urusan menjadi rumit.

Ali mempersoalkan di mana hati budi Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.

Pelawak ini mendakwa Hidayah sengaja meraih simpati dengan memuat naik dokumen mahkamah ke TikTok. Sedangkan semasa prosedur berlangsung, Hidayah tidak hadirkan diri kerana bercuti di Pulau Pinang.

Kredit: TikTok Hidayah Hamzah | Ali Puteh