Sempena Ulangtahun Kelahiran Puteri Ameerah Yang Ke 16 Tahun, Perkongsian Azrinaz Mazhar Hakim Untuk Puterinya Itu Buat Ramai Tersentuh Hati. Makin Cantik Anak Azrinaz Ini !!

Tanggal 28 Januari merupakan ulangtahun kelahiran cahayamata Azrinaz Mazhar Hakim iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Tahun ini puteri Azrinaz ini sudah pun berusia 16 tahun dan setiap tahun Azrinaz tidak pernah lupa akan kelahiran cahayamatanya ini walaupun berada jauh di mata.

Azrinaz pasti akan membuat satu posting di Instagram setiap kali tiba hari lahir Puteri Ameerah dan juga abangnya, Putera Wakeel. Setiap tahun juga para peminat Azrinaz juga turut menunggu ucapan daripada Azrinaz buat cahaya matanya. Untuk tahun ini ucapan Azrinaz cukup ringkas namun padat.

Azrinaz telah memuatnaik sekeping gambar terbaru Puteri Ameerah bersama Dayang Anisha Rosnah yang merupakan kakak ipar kepada Puteri Ameerah. Gambar tersebut dirakamkan ketika di majlis berbedak Diraja Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah.

Perkongsian ini telah menerima lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Ramai juga yang memuji kecantikan Puteri Ameerah yang saling tidak tumpah seperti ibunya, Azrinaz. Sememangnya sangat copy and paste wajah kedua anak beranak ini.

Jom lihat perkongsian di bawah :

 

Perkongsian ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir buat Puteri Ameerah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” My heart goes out to you. Many happy returns, Princess. May Allah reunite the love of a mother and a child. In Shaa Allah.. “

” Happy birthday princess Lagi 2 tahun mummy boleh jumpa dgn princess kan? She is exactly YOU CP.. wah tk sangka sam birthday dgn saya.. “

” Selamat ulang tahun princess ameerah, semoga pjg umur sehat selalu murah rezeki selalu dlm lindungan Allah SWT aamiin semoga selalu bahagia dimanapun kamu berada.. “

” Happy birthday princess ameerah, Allah Bless you.. Princess look exactly like her mother.. so beautiful.. makin besar makin seiras bondamu.. “

” Selamat hari lahir puteri Ameerah Wardatul Bolkiah moga dikurniakan kesihatan yang baik sihat selalu dipermudahkan segala urusan aamiin lawaa mcm emaknya.. “

” MasyaAllah happy bdayyy princess ameerah she’s so gorgeous .. ameerah with her cutie hello kitty hand bag .. semoga panjang umur, di beri kesehatan & tercapai segala cita – citamu.. “

” Hati Nurani seorang ibu. Kasih sayang dan rindu yang tiada bandingnya. Yang melihat pun rasa sebak azrinazmazharhakim Happy Birthday Princess Ameerah. You are so tall and beautiful.. “

Kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 16 tahun buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Semoga menjadi anak yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga serta menjadi anak yang solehah.

Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*