Meleleh Air Mata Bila Baca Fakta Kes Arwah Zulfarhan. Lamanya Arwah Menderita Sebelum Meninggal Dunia

INFO SULIT (RAHSIA)

[15] Menurut SP25, OKT 18 yang juga menghuni dalam bilik 3-06 telah memberitahu bahawa bapanya iaitu SP13 berkebolehan mencari barang hilang mengikut perubatan Islam. Selepas dihubungi oleh ananya OKT 18, SP13 telah membuat solat hajat dan mendapat firasat bahawa simati telah mengambil laptop itu. Ini membuatkan OKT 1 menjadi sangat marah kerana laptop yang hilang itu baru dibeli. Menurut SP25, OKT 1 ada memberitahu SP25 bahawa dia (OKT 1) berniat hendak memukul simati.
[16] Pada jam lebih kurang 1.00 pagi, masuk ke tarikh 21.5.2017, semasa simati sedang tidur di biliknya, simati telah dikejutkan oleh OKT 1 dan seorang lagi pelajar UPNM bernama Hari Krishna Rao (SP20).

Simati dibawa oleh OKT 1 dan SP20 pergi ke bilik bersebelahan, bilik 3-05.
[17] Pada 21.5.2017 jam lebih kurang 2.30 pagi, SP25 ada pergi ke bilik
3-05 dan beliau telah melihat simati telah disoal siasat oleh OKT 1.

Keterangan SP25 mengenai soal siasat yang beliau lihat ialah sambil bertanya simati mengenai laptop OKT 1 yang hilang, sambil mereka pukul simati. OKT 1 yang paling banyak menyoal simati. Simati telah dipukul oleh OKT 1, 7, 9, 10, 11 dan 12 dengan tangan dan kaki. Menurut SP25, pada masa itu, simati hanya berseluar tanpa baju. Walaupun dipukul beramai-ramai, simati tidak mengaku mencuri laptop OKT 1.

[18] Pada 21.5.2017, walaupun SP24 ada pengetahuan bahawa simati dibawa ke bilik 3-05, SP 24 tidak masuk ke dalam bilik tersebut. Beliau hanya melihat dari luar bilik dan nampak 6-7 orang sedang mengelilingi simati. Beliau tidak pasti siapa mereka dan apa yang mereka buat kepada simati.

[19] SP26 tinggal di bilik 5-09. Pada 21.5.2017 jam lebih kurang 3.00 pagi, beliau terdengar bunyi bising dari bilik 3-05 seperti suara orang marah dan menjerit. Beliau nampak ramai pelajar kelar masuk bilik 3-
05. Beliau kemudiannya pergi ke bilik 3-05 dan telah melihat OKT 7 dan
OKT 10 memukul simati.

[20] Pada 21.5.2017 jam lebih kurang 6.30 petang, SP25 melihat simati berada di bilik 3-06 berpakaian sukan, berkeadaan lemah dan sakit sebelah tangan sehingga memerlukan bantuan SP25 untuk memakai baju.

[21] Pada 22.5.2017 jam 1.00 pagi, OKT 6 dan OKT 19 telah mencari simati di bilik 3-06 untuk simati disoal siasat. Kali ini, simati dibawa ke bilik OKT 1 iaitu bilik 4-10 di Blok Asrama yang sama. Sebagai rakan sebilik simati, kedua-dua SP24 dan SP25 telah pergi ke bilik 4-10 untuk melihat apa yang berlaku kepada simati. Kedua-dua mereka berada di dalam bilik 4-10 antara jam 1.00 atau 2.00 pagi sehingga subuh. Semasa berada di dalam bilik 4-10, antara jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi, SP24 melihat OKT 6 menyoal siasat simati berkaitan dengan kehilangan laptop OKT 1. Pada masa itu simati memakai seluar slack hitam tanpa baju.

OKT 6 menyuruh simati membuka seluar. Simati ikut arahan OKT 6 dan membuka seluarnya. Simati hanya memakai boxer. Seterusnya, SP24 melihat OKT 1, 2, 3, 4, 6, 11, 13, 15, 16, 17, 18 dan 19 bergilir-gilir memukul simati. Pada jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, SP24 melihat OKT 6 memegang satu seterika wap dan menyuruh OKT 1 hingga OKT 5 menekap seterika panas itu ke badan simati.

Arahan OKT 6 telah dipatuhi oleh OKT 1 hingga OKT 5. OKT 1 hingga OKT 5 menekap seterika panas itu ke badan simati. Saksi nampak seterika sentuh badan simati. Saksi ini melihat simati menjerit dan menggelupur kesakitan setiap kali ditekap

dengan seterika wap oleh OKT-OKT. Simati tertiarap di atas lantai dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat. OKT 1 hingga OKT 5 hanya berhenti menekap seterika apabila mendengar azan subuh.

[22] Pada 22.5.2017 jam lebih kurang 1.30 pagi, semasa SP25 masuk ke dalam bilik 4-10, beliau melihat OKT 1 hingga OKT 19 (kecuali OKT 8) telah pun berada di dalam bilik itu. Seterusnya SP25 melihat simati dipukul oleh OKT 6, 11, 13, 14, 17 dan 19. OKT 19 dilihat memukul simati dengan kayu penyapu di bahagian belakang badan dan kaki dengan kuat.

OKT 6 pula menumbuk simati. OKT-OKT lain memukul simati dengan tangan sahaja. Menurut SP25, kejadian memukul simati berlaku dari jam
1.30 pagi hingga 4.30 pagi. Selepas jam 4.30 pagi, ramai pelajar telah beredar dari bilik 4-10. Yang tinggal hanyalah SP24, SP25 dan OKT 1 hingga OKT 6. Dari jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, SP25 melihat OKT 6 memegang sebuah sterika wap dan telah menyuruh OKT 1 hingga OKT 5 menekap seterika panas itu ke badan simati. OKT 1 hingga OKT 5 terus menerus bergilir-gilir menekap seterika ke badan simati sehinggalah mereka mendengar azan subuh barulah mereka berhenti.

Kedua-dua SP24 dan SP25 mengesahkan OKT 6 tidak menekap seterika ke badan simati. OKT 6 hanya mengarahkan OKT 1 hingga OKT 5 menekap seterika. Adalah juga keterangan SP25 bahawa OKT 6 ada memberitahu SP25 bahawa dia (OKT 6) tidak mahu kejadian yang berlaku ke atas simati sampai ke pengetahuan pegawai atasan.

[23] Daripada 22.5.2017 dan beberapa hari selepas itu simati tetap berada di bilik 4-10. OKT 1 dan OKT 2 sentiasa mengawal simati dan tidak meninggalkan simati tanpa ada salah seorang atau lebih seorang OKT mengawalnya. Bilik di mana simati berada adalah berkunci. Simati sentiasa diawasi bagi mengelak daripada diketahui oleh pihak berkuasa

UPNM. Kesemua OKT dan simati takut dibuang sebagai pelajar UPNM atau dikenakan hukuman medan.

[24] Pada 23.5.2017, SP23 yang menghuni bilik 4-06 telah pergi ke bilik
4-10 untuk berjumpa dengan SP17. Tetapi SP17 tiada disitu. Semasa masuk ke dalam bilik 4-10 itu, SP23 melihat simati sedang tidur terbaring di atas sebuah katil di hujung bilik itu. Simati tidak berbaju. Hanya sehelai kain pelikat menutup badan simati dari aras pusat ke lutut. SP23 dapat
melihat kulit yang menggelembung, ada tompok-tompok kehitaman di badan dan ada sedikit darah dikulitnya diseluruh badan simati. Semasa berada di dalam bilik 4-10 itu, SP23 mendengar lima orang pelajar yang berada didalam bilik tersebut bercakap mereka hendak merawat sendiri simati dan tidak ingin ke hospital kerana takut diketahui jurulatih dan dibuang dari UPNM.

[25] Kasihan kepada simati, SP23 telah menulis surat layang (P17)meminta simati diselamatkan. Pada 23.5.2017, SP23 telah menyelitkan surat layang itu di hadapan Rumah Sakit Angkatan Tentera. Malangnya, tiada tindakan diambil untuk memberi bantuan kepada simati. Surat layang ini telah tular dan diketahui oleh OKT 1. Untuk mengelak simati dari dikesan, OKT 1 telah membawa simati dengan kerusi roda ke bilik asrama yang lain aitu bilik 4-06 yang dihuni oleh SP23. Di bilik 4-06,simati dijaga oleh OKT 2 dan OKT 16.

[26] Pada 26.5.2017, simati telah dibawa ke Hotel Lanai Bangi bagitujuan membawa simati ke klinik swasta.

(27) Pada 27.5.2017, OKT 1, 2, 4 dan 6 membawa simati ke Klinik As-Salam, Bangi. Doktor Azfar bin Hussin (SP7) yang melihat kecederaan

[31] Pada 1.6.2017, bertempat di Apartment De Centrum, simati telah kaku selepas makan malam. OKT 1 telah menelefon ambulan dan simati dibawa ke Hospital Serdang serta disahkan telah meninggal dunia pada jam 9.25 malam.

[32] Bedah siasat ke atas jasad simati telah dilakukan pada 2.6.2017 di Hospital Serdang oleh Dr Salmah binti Arshad (SP6). Beliau adalah Pakar Perubatan Forensik, Hospital Serdang. SP6 telah menyediakan satu Laporan Bedah Siasat (P11). Kandungan P11 menyenaraikan jenis kecederaan yang dialami simati seperti berikut:

Kesan Lecur:
1. Luka lecur derajat 2 berbentuk bintik-bintik dalam susunan 2 barisan sedikit melengkung yang telah mengalami kesan penyembuhan dan kering berkeruping pada atas bahu kanan berukuran 7.5 cm x 4.3 cm.

2. Beberapa luka lecur derajat 3 bertindih-tindih membentuk satu luka besar pada tengah dada bawah, berukuran 18 cm x 10 cm yang mengalami kesan penyembuhan di sekeliling tepi luka, manakala bahagian tengah luka menampakkan otot dan basah dengan cecair badan yang keluar bercampur darah.

3. Beberapa luka lecur derajat 3 bertindih-tindih membentuk satu luka besar pada abdomen kiri berukuran 14.5 cm x 6.9 cm yang mengalami kesan penyembuhan di sekeliling tepi luka, manakala bahagian tengah luka menampakkan otot dan basah dengan cecair badan yang keluar bercampur darah.

4. Luka lecur derajat 2 melintang di bahagian atas pusat yang telah kering berkeruping berukuran 12.1 cm x 4 cm.

5. Luka lecur derajat 3 melintang di bahagian bawah pusat yang telah mengalami kesan penyembuhan disekeliling luka,
manakala bahagian tengah masih basah.

6. Luka lecur derajat 2 di bahagian kiri pusat berukuran 9.1 cm x 5 cm yang telah mengalami kesan penyembuhan dan kering berkeruping.
7. Luka lecur derajat 2 di bahagian kanan pusat berukuran 9.1 cm x 5 cm yang telah mengalami kesan penyembuhan dan kering berkeruping.
Luka lecur derajat 2 di bahagian kanan abdomen berukuran 10.7 cm x 4 cm yang telah mengalami kesan penyembuhan dan kering berkeruping.
9. Luka lecur derajat 3 di bahagian sisi kanan abdomen berukuran 8.7 cm x 2.7 cm yang telah mengalami kesan penyembuhan di keliling luka, manakala di tengah luka menampakkan otot dan basah dengan cecair dan darah.
10. Luka lecur di bahagian kiri dada berukuran 6.5 cm x 4 cm yang telah mengalami kesan penyembuhan dan kering berkeruping.
11. Luka lecur derajat 2 di bahagian sisi kiri abdomen berukuran 6.1 cm
x 3.7 cm yang telah mengalami kesan penyembuhan dan kering berkeruping.

SUMBER: FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.