“Melepas Sol..” – ‘Trend’ Ikatan Tudung Persis Fazura, Ira Kazar Jadi M0del, Beri ‘P0se’ Istimewa Buat Peminat
Bekas isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat sakan mencari rezeki apabila dia tampil menjadi model dalam sebuah sesi penggambaran baru-baru ini.
Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin,29, kelihatan anggun disolek seperti seorang model sebelum memberikan ‘pose’ di hadapan kamera untuk tatapan peminat.
Dalam hantaran video itu, Ira mengenakan baju sut warna merah dan memakai gaya tudung masa kini, iras Nur Fazura.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan anak perempuan kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu.
“Sebelum bersolek memang sudah cantik tetapi hasil selepas mengenakan solekan memang wow!
”
Cantik Ira pakai gaya tudung Fazura, macam wanita Turki.”
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor telah mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilakukan Syamsul terhadap Ira ketika mereka berdua masih bergelar suami isteri.
Perkahwinan pasangan itu hanya bertahan tidak sampai dua tahun.
Sumber : Beautifulnara
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.