Ini respon padu Sharnaaz bila punca cerai diungkit semula

Pelakon Sharnaaz Ahmad menerima komen daripada seorang wanita yang menyentuh kembali isu bayaran nafkah terhadap bekas isterinya Noor Nabila.

 

Komen melampau

 

 

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memuat naik tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh wanita berkenaan.

 

Dalam masa yang sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu juga bertindak mendedahkan gambar profil dan akaun wanita tersebut.

 

Betul ke dulu ada isu nafkah, bagi Nabila RM500 sahaja sampai bercerai?

 

Jawapan Sharnaaz

 

 

Tidak berdiam diri, aktor berusia 39 tahun tersebut kemudian memberi teguran kepada wanita berkenaan supaya menjaga anaknya agar tidak terikut sikap yang disifatkan melampau itu.

 

Bila kakak ‘gomen’, guna WiFi Starbucks berbicara.

Jaga anak tu elok-elok, jangan ikut perangai awak sudahlah.

 

Sekadar info, pelakon filem Polis Evo 3 itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.

 

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6.

 

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.