“Wanita dlm gmbr ni, dh m4ti” – Nourul Depp.

Beberapa hari yang lalu, hantaran dibuat penyanyi Nourul Depp, 46, di Instagram mencetuskan tanda tanya peminat. Nourul berkongsi pengalaman melahirkan anak sulung, Ayu Nazirah, kira-kira 25 tahun lalu dan meluahkan isi hatinya.

Ramai peminat berasa sedih dan terharu dengan perkongsian seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.

‘Wanita Dalam Gambar Ini, Dah “Mati”- Nourul

Bagaimanapun, Nourul seolah-olah memberi gambaran hubungan dingin dengan anaknya pada saat ini yang mungkin telah mengguriskan hatinya.

“Wanita dalam gambar ni, dah “mati” semasa membesarkan anak gadisnya. Dia mengambil seorang wanita baru untuk menjadi ibunya sehingga dia berumur 23 tahun. Wanita di sini dilahirkan semula kepada orang yang berbeza. Dan bayi perempuan itu adalah milik orang lain dan wanita lain yang boleh dia panggil ibu.

23 tahun – itulah janjinya untuk mengekalkannya.

Bab baru? Hanya tuhan yang tahu. Saya dipilih untuk bersalin tetapi bukan untuk mengekalkan yang pertama.”- tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen, peminat menegur Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, bimbang jika banyak spekulasi akan muncul dengan perkongsian ini.

Walaunagaimanapun, Nourul menjawab dia mampu tanganinya.

“Tidak mengapa. Insyallah saya boleh tanganinya. Kita diam sahaja kalau semua orang buat spekulasi macam macam.”- tulisnya dengan membalas komen peminat.

Terdahulu, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi Ajai pada 1996 sebelum bercerai pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 25. Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan suaminya, Eric Daniel Depp yang berasal dari Perancis. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Kini, Nourul dan keluarganya sudah berpindah ke Bali, Indonesia dan menetap di negara jiran itu sejak September tahun lalu.

Sumber : murai

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.