“Mungkin dia tk boleh terima pernikahan kami… Sejak tunang lg dia..” 3 tahun berkahwin.. Ernie umum Ini pula..

Penyanyi, Ernie Zakri tampil mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan ahli muzik, Anwar Amzah.

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ernie berkata, dakwaan tersebut sememangnya mengarut dan dia sebenarnya sudah lama diganggu oleh individu misteri tersebut di media sosial.

Sebolehnya saya tak nak beri perhatian terhadap isu ini. Ia membuang waktu dan tenaga kerana saya memang sudah diganggu oleh peminat ini sudah beberapa tahun.

Saya tak rasa dia layak mendapatkan komen daripada saya. Saya tak mahu tahu kewudujan mereka.

Pada akhirnya, saya dan keluarga tahu kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan saya dan Syamel.

Ernie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Meet And Greet Paling Ikonik AJL 38 yang berlansung di Pasar Seni pada Ahad.

Pelantun suara ‘Gundah’ itu turut menyifatkan individu berkenaan seakan mempunyai masalah mental kerana kerap mengambil tahu tentang kehidupanya dan keluarga.

Saya rasa Anwar turut mendapat mesej yang sama seperti saya dan Syamel seperti tuduh menuduh dan fitnah. Saya rasa orang itu sakit. Kenapa kita nak layan orang yang kurang berakal.

Saya rasa kami diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu pihak Anwar, kami tergelak sebenarnya. Mesej ini dah selalu kami dapat.

Saya hanya minya Anwar bertenang dan tidak buat sebarang kenyataan. Individu ini seperti banyak masa nak menggali kehidupan masa kini dan lampau saya.

Pada masa sama, Ernie turut memaklumkan dia dan Syamel pernah memberikan nasihat kepada individu berkenaan tetapi tidak diendahkan.

Saya tak tahu sama ada individu ini obses dengan saya atau Syamel. Mungkin mereka tak boleh terima perkahwinan kami.

Saya tak sangka wujud orang seperti itu. Kami diganggu individu ini sejak bertunang lagi. Saya doakan yang baik-baik buat dia.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklum dia dan suami akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang hantaran di media sosial selepas ini.

Apa yang terjadi ini buatkan saya dan Syamel lebih berhati-hati dan menjaga hubungan kami. Mungkin pendedahan di media sosial juga perlu ditambah baik lagi.

Tak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis. Hal ini terjadi mungkin disebabkan cemburu.

Terdahulu, seorang pemuzik tampil menyangkal dakwaan dirinya mempunyai hubunganya bersama Ernie.

Kenyataan tersebut dibuat selepas pemuzik berkenaan menerima mesej yang menuduhnya memakai baju sama seakan mereka ada menjalinkan hubungan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.