Syahmi Sazli reda jika diboikot , Bersuara demi kebaikan rakyat senegeri

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan luahan yang diutarakan isteri kepada influencer terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul berkenaan masalah air yang berlaku di Kelantan.

Ada yang nak boikot Syahmi & isteri

Disebabkan itu, Anissa dan Syahmi teruk dihentam beberapa pihak walaupun mereka langsung tidak menyentuh mana-mana parti politik dan hanya menyuarakan keresahan sebagai rakyat yang tinggal di negeri tersebut.

Walaupun sudah menjelaskan apa yang terjadi namun ada pihak lantang mahu memboikot perniagaan influencer dan juga usahawan terbabit.

Bersuara demi kebaikan rakyat senegeri

Sedar bukan semua dapat menerima kenyataan, pasangan berkenaan reda jika mereka diboikot hanya kerana bersuara demi kebaikan rakyat senegeri.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih memahami serta terus memberikan semangat dalam menghadapi hentaman sesetengah pihak disebabkan isu ini.

Terima kasih kerana masih sokong


Terdahulu, Syahmi telah menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat isterinya adalah respon kepada luahan seorang wanita yang kesal kerana perniagaannya mengalami masalah selepas menghadapi gangguan air selama enam bulan.

Ujarnya, Anissa sama sekali tidak menyentuh tentang pertukaran parti politik atau sebagainya kerana apa yang dinyatakan adalah masalah rakyat.

Pengarah berusia 28 tahun itu juga memohon maaf jika apa yang mereka ucapkan itu menyinggung mana-mana pihak tetapi masalah air yang dihadapi rakyat Kelantan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Sumber: TikTok syahmisazlinew, Faebook Syahmi Sazli Production, Anissa Faizul

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*