Netizen Puji Cara Talita Bercakap, Nampak Matang & Bijak

‘Kalau Arwah Ibu Ada Sekarang, Pasti Dia Bangga Dengan Saya’ – Talita

Anak kepada pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra gembira apabila impiannya untuk menceburi bidang muzik akhirnya tercapai.

Impian jadi penyanyi

Semakin berani menyanyi di hadapan khalayak ramai, Talita berkata, arwah ibunya iaitu penyanyi Siti Sarah pasti berasa bangga dengan dirinya.

Kalau arwah ibu (Siti Sarah) ada di sini sekarang, saya rasa dia pasti akan bangga dengan saya.

Saya gembira dan dalam masa sama sedih sebab dapat capai apa yang saya impikan. Saya mahu jadi penyanyi.

Saya beritahu kepada mummy (Watie) nak jadi penyanyi dan doa itu seperti makbul. Daddy (Shuib) pun terkejut.

Talita berkongsi mengenai perkara menerusi temu bual dalam saluran podcast Hey Korangz.

Dalam pada itu, Talita memberitahu dia akan mengeluarkan single sulung tidak lama lagi.

- IKLAN -

Daddy kata saya akan ada lagu nanti, cuma tak tahu bila. Insya-Allah doakan.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji cara Talita menjawab pertanyaan dan memberi kenyataan.

Sumber: TikTok

@heykorangz8 Excited lah kita nak tunggu Adik Thalita punye single! Mesti gempak… cepat lah father kita pun tgh tunggu ni.. 😜😜 Cant wait to see Adik Thalita performing in SG with Ajai and Mega friends SG on the 10th of May 2025. Episode 96 with Thalita is out on Spotify🔥🔥 Korangz Jgn Lupa tune in ok! #thalitasuib #showpalingmurah #showpalingmahal ♬ original sound – Hey_korangz