Rupanya kanak-kanak tu hilang dari 2021 .. Sedih polis dedah ini keadaan sebenar kanak2..
Seorang penjaga rumah amal kendalian syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang tular di media sosial selepas disyaki melakukan penderaan, antara 171 kakitangan yang ditahan dalam Op Global pada 11 September lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan berdasarkan pengakuan lelaki terbabit yang mendakwa melakukan penderaan fizikal kepada penghuni kanak-kanak.
“Hasil siasatan dan rakaman keterangan yang dibuat, kebetulan yang mendera itu memang ada dalam (kumpulan) suspek yang kita tangkap sebelum ini.
“Suspek mengaku dia yang buat (mendera), tetapi kita sedang cuba kenal pasti sama ada mangsa ada dalam kalangan mangsa yang diselamatkan, atau masih ada di luar,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Razarudin berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap suspek berhubung beberapa rakaman video yang tular menunjukkan kanak-kanak dipercayai penghuni rumah amal didera termasuk dirotan pada tangan.
Beliau berkata, setakat ini dua laporan polis diterima berhubung penularan video berkenaan.
Katanya, satu daripadanya dibuat di Kluang, Johor, semalam oleh seorang lelaki yang juga bapa kepada seorang kanak-kanak yang rakaman videonya tular didera.
“Pengadu mengesahkan kanak-kanak dalam video itu adalah anaknya yang dipisahkan sejak tahun 2021,” katanya.
Tambah beliau, satu lagi laporan dibuat datuk kepada seorang kanak-kanak yang turut didera dalam rakaman video tular yang dibuat Op Global.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.