” Oh patut la tak nampak Salman. Ingat merajuk Ina kahwin lagi.. ” – Komen Netizen
Diasak pertanyaan mengenai anak lelakinya, Salman Elkhoyri yang tidak kelihatan ketika majlis perkahwinan berlangsung, ini penjelasan daripada Ina Naim. Alahai Salman, ramai yang fikir bukan-bukan tau..
Sudah beberapa hari berlalu sejak balu kepada arwah Suhaimi Saad, Ina Naim mendirikan rumahtangga dengan Mohd Khairul Rizal. Kegembiraan Ina dan anak-anak turut dirasai oleh pengikut yang melihat suka duka Ina sejak Suhaimi meninggal dunia.
Ketika majlis Ina berlangsung, hanya 3 orang anaknya sahaja yang kelihatan iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Anak kedua Ina, Salman Elkhoyri seakan menghilang dan ianya mengundang pelbagai pertanyaan daripada wargamaya.
Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok Watie Amad, Ina menjelaskan mengenai isu tersebut. Kata Ina, Salman gugup dan gementar kerana melihat terlalu ramai wartawan yang hadir. Salman risau dia tidak dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya kepadanya.
Salman menyibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja rewang dan menyamar menjadi orang kampung. Selain itu, Salman sempat pergi ke kubur arwah ayahnya dan selepas itu ke masjid. Tambah Ina lagi, selepas selesai majlis, Ina menjumpai Salman sedang lena tidur di dalam bilik kerana kepenatan. Alahai Salman, punya lah hendak mengelak daripada wartawan. Kelakar juga anak kedua Ina ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ladywatie Replying to @farisha5456 Harap menjawab persoalan kepada yang bertanya tentang Salman. #ina #inanaim ♬ original sound – Watie Amad | Live Host
Perkongsian video ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Itu lah kita orang semua tercari-cari Salman mana Salman mana. dia sorang je tak nampak kelibat.. ingatkan kenapa lah.. “
” Ohh patut la tak nampak Salman.. ingat merajuk Ina kahwin lagi.. Akak pun tercari mana lah Salman.. “
” Terbaik Salman, sebab nak elakkan daripada berkata-kata yang tidak sepatutnya.. Patut lah tak nampak langsung muka Salman.. betul-betul nak lari ni.. “
” Anak yg hebat dan beradab.. tahniah untuk ina dan pasangan. akak pernah alami perkara yg sama. perancangan Allah sangat istimewa.. “
” Jangan pandang sebelah mata anak ina naim tak sekolah. arwah meninggal, dia jadi imam solat jenazah.. tak semua anak boleh buat.. tahniah wahai anak.. “
” Ada yang tanya Salman hari tu , pasti dorang cakap, dia tengah beli ais batu.. rupanya memang betul dia sibukkan diri.. “
” Bijak Salman, bagus tindakan Salman sibukkan diri.. Sian dia takut dekat wartawan.. Anak-anak arwah SS dan ina sangat bagus sebenarnya.. “
Itu rupa-rupanya penyebab utama kelibat Salman tidak langsung kelihatan. Ramai yang fikir bukan-bukan. Seronok mendengar Ina bercerita mengenai gelagat Salman. Realitinya Salman anak yang bijak, cuma mungkin seorang yang pemalu dan segan untuk berdepan dengan wartawan seperti abangnya.
Sumber : Tiktok Watie Amad, Tiktok Izahdamansara, Youtube Smart Audio Music
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.