Anak Buat Kejutan Istimewa, Pandu Sendiri Kapal Terbang Bawa Ibu Tunai Haji

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki warga Egypt telah membuat kejutan buat ibu tersayangnya dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Abdallah Bahey yang juga merupakan seorang juruterbang, dia menitiskan air mata kegembiraan ketika menyambut kedatangan syurganya itu di pintu kapal terbang.

Difahamkan, dia bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu.

Ujarnya, membawa insan tersayangnya itu ke Tanah Suci adalah impiannya selamanya ini memandangkan dia sebelum ini hanyalah pembantu juruterbang di EgyptAir.

“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti.

“Seperti biasa saya memakai pakaian seragam kerja dan pada hari itu meninggalkan rumah bersama-sama ibu ke lapangan terbang untuk ke Tanah Suci.

 

“Saya tidak menyatakan perkara sebenar, hanya cakap akan menghantar ibu di lapangan terbang kerana perlu menyertai kru penerbangan EgyptAir ke Kuwait.

“Bagaimanapun, sebaik saja ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya.

Jelas juruterbang yang berusia 31 tahun itu lagi, menjadi seorang ‘pilot’ adalah impian utamanya dan disebabkan itulah dia berkesempatan untuk membawa ibunya terbang ke Mekah.

“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” luahnya lagi.

Sekadarinfo, Abdallah telah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022.

Sumber: Instagram @islamify

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.