Wanita dirempuh kereta api rupanya mahu selamatkan anak waktu kutip duit tercicir
Berita tentang wanita dirempuh kereta api rupanya mahu selamatkan anak waktu mengutip RM1 yang tercicir di landasan.
Perkara tersebut dinyatakan menerusi satu hantaran Facebook pengguna dikenali sebagai Suria Azmi apabila seorang petugas yang berada di lokasi kejadian memaklumkan perkara itu kepadanya.
Wanita dirempuh kereta api maut, anak pula cedera parah
Menurut petugas terbabit, pada awalnya ibu dan anak berkenaan sudahpun selamat melintasi landasan kereta api, namun secara tiba-tiba anaknya berpatah balik kerana RM1 kepunyaannya tercicir.
Disebabkan kereta api sudah semakin menghampiri, wanita tersebut segera menolak anaknya ketepi sebelum dia sendiri dirempuh dan meninggal dunia.
“Diceritakan petugas di sana dua beranak itu sudah selamat melintas landasan.
“Tetapi duit seringgit si anak tercicir. Tidak semena-mena anak berpatah balik ke landasan.
“Si ibu terkejut dengan kereta api yang sudah terlalu hampir,” tulisnya.
Wanita dirempuh kereta api, wang RM1 berlumuran darah
Dapat dilihat duit RM1 yang ingin diambil oleh kanak-kanak tersebut masih terselit di celah landasan kereta api berkenaan dengan terdapat kesan darah yang masih baru memandangkan wanita tersebut mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia.
Dalam coretan yang dibuat Suria juga, dia mengatakan mungkin RM1 tidak memberi sebarang makna buat orang lain, namun berbeza buat mereka sehingga ada nyawa yang terkorban hanya disebabkan mahu mengambilnya untuk kegunaan ke sekolah.
Hebat kasih sayang seorang ibu
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakan mereka berasa sebak apabila mengetahui tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
Tinggi nilai RM1 buat yang memerlukan
Hargai seseorang sementara masih ada
Terdahulu, tular berita seorang wanita dirempuh kereta api sewaktu melintas landasan untuk menghantar anak ke sekolah.
Kejadian yang berlaku pada tengah mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu di Kampung Petagas.
Sumber: Facebook Suria Azmi