Pantas & Licik! Wanita Ini Curi Telefon Di Mixue Cheras, CCTV Rakaman Jadi Bukti!

- IKLAN -

Sebuah kejadian kecurian telefon pintar yang berlaku di sebuah kedai minuman ternama di Dataran Perniagaan Cheras, Selangor, telah tular selepas rakaman CCTV kejadian itu dikongsikan di media sosial.

Dalam video berdurasi 16 saat itu, seorang wanita bertudung hitam dilihat memerhatikan telefon pintar yang sedang dicaj dan ditinggalkan tanpa pengawasan. Apabila tiada pekerja atau pelanggan di sekeliling, wanita tersebut pantas mengambil peranti tersebut dan melarikan diri tanpa disedari.

Pemilik telefon pintar tersebut kemudian membuat laporan polis dan mengharapkan suspek dapat memulangkan semula peranti tersebut sebelum tindakan lanjut diambil pihak berkuasa.

Wanita tersebut pantas melarikan peranti tersebut ketika tiada pekerja mahupun pelanggan lain di kedai tersebut.

“Mohon bantuan semua yang mengenali individu ini untuk memulangkan telefon pintar tersebut. Laporan polis sudah dibuat, kejadian berlaku pada Khamis, pukul 9:50 malam di Mixue Cheras Trader Square,” tulis pemilik telefon dalam hantaran.

Kejadian ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata terkejut dan kesal dengan tindakan wanita tersebut yang dianggap mencemarkan imej baik masyarakat.

Seorang netizen, Rina Shahir, berkata, “Muka terpampang terang-terangan, malu lah nak. Ingatlah ibu bapa yang juga terkena tempiasnya. Kena cekup nanti, akan terima padahnya.”

Manakala Roslan Pna pula berkata, “Muka cantik, tetapi sayang. Perangai teruk, panjang tangan dan pantang melihat apa-apa yang berharga. Entahlah bini atau pasangan siapa ni. Buat malu orang lain sahaja.”

Setakat ini, tiada maklumat lanjut sama ada suspek telah berjaya dikesan atau sebaliknya, dan pihak berkuasa masih menyiasat kes tersebut.

Video CCTV  :

@foryoutocctv #malaysiatrending #cheras #huawei #tudunghitam #pencurian #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Kredit – majoriti

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*