Pelakon Mek Habsah hembuskn nafas terakhir, cucunya ada katakn sesuatu ketika suami arwh disisi.
PELAKON Mek Habsah atau Habshah Bakar meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi Isnin akibat penyakit paru-paru di Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur.
Allahyarham berumur 67 tahun.
Perkara tersebut dikongsi oleh cucu Allahyarham, Huraimi Hilman, 26, yang memaklumkan pelakon itu sudah menerima rawatan di pusat berkenaan sejak 12 Julai lalu.
“Arwah nenek dah menerima rawatan sejak dua bulan lalu dan sudah lama bergantung kepada tabung oksigen.
“Keadaan paru-parunya semakin lemah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.
Tambah Huraimi, neneknya itu sudah lama tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan dan lebih aktif melakukan aktiviti keagamaan.
“Nenek dah lama tidak berlakon sejak kematian ibu saudara saya. Dia banyak terlibat dengan kerja-kerja keagamaan.
“Arwah menghembuskan nafas terkahir di sisi suami,” ujarnya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.
Sumber : Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.