Pelakon Wahid Satay ditemui tak bernafas diatas katil 8.30pagi, Cucunya ada katakan sesuatu
PELAKON dan pelawak veteran Wahid Satay dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Singapura pada pukul 8.30 pagi Isnin.
Berita pemergian pelakon berusia 93 tahun itu disahkan oleh cucunya iaitu Mahirah Mohd Yasin yang memberitahu Allahyarham ditemui dalam keadaan sudah tidak bergerak di atas katil sekitar pukul 8.30 pagi.
Wahid dilaporkan sudah agak uzur akibat sakit tua.
Kata Mahirah, Allahyarham mempunyai penyakit kencing manis dan jantung, malah dimasukkan ke hospital pada April lalu akibat jangkitan di jari kaki dan disahkan doktor mengalami serangan jantung ringan.
“Selepas Allahyarham balik dari hospital, dia kelihatan okay saja dan bahkan, semangat untuk beraya dengan anak dan cucunya,” katanya seperti dilapor Mediacorp.
Sementara itu, menerusi perkongsian beberapa rakan seniman di laman Facebook, jenazah Allahyarham boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Pusara Aman selepas Zohor sebeum dikebumukan.
Untuk info, kerjaya lakonan Wahid bermula ketika bekerja di studio Cathay Keris di Singapura sebagai tukang cat sebelum ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam filem Pertaruhan sekitar tahun 1940-an.
Kehebatan Wahid yang boleh meniru suara haiwan seperti ayam, burung merupakan satu kelebihan apabila suaranya sering kali digunakan sebagai latar belakang bagi filem-filem tertentu.
Di sebalik kerjanya sebagai tukang cat, sifat humor yang ada pada diri Wahid menyebabkan pengarah L. Krishnan mula mengesan kelebihan itu sebelum dia ditawarkan berlakon filem.
Antara filem-filem terkenal yang pernah dibintanginya termasuk Pontianak, Sumpah Pontianak, Che Mamat Parang Tumpul, Badang, Naga Tasik Chini, Dendang Perantau dan Tuan Besar.
Cucunya ada katakan sesuatu
Seniman Legenda, Allahyarham Wahid Satay, 93, tidak bermaya dan hanya terlantar di katil sejak seminggu lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir di kediaman anak keduanya di Teban Gardens Road, Singapura kira-kira jam 8.30 pagi ini.
Cucunya, Mahirah Mohd Yasin, 38, berkata, arwah datuknya menetap dengan ibu bapanya selepas selepas pemergian arwah nenek, Allahyarham Azimah Mohd Taib pada 1994.
“Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapa saya kerana menetap bersama kami.
“Jika diikutkan arwah tidak boleh bangun dan hanya terlantar di katil dalam biliknya sejak seminggu lalu.
“Arwah sempat meraikan Aidilfitri bersama kami, namun kesihatannya merosot selepas beberapa hari menyambut raya.
“Kami membawa arwah ke hospital, namun dibawa pulang dan dipantau berehat di rumah,” katanya kepada BH Online.
Kata Mahirah, arwah datuknya mempunyai penyakit jantung dan diabetes.
“Ibu jari kakinya pula ada jangkitan kuman. Bulan lalu arwah dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan ini dan serangan jantung ringan,” katanya.
Wahid yang juga bapa kepada enam cahaya mata dan datuk kepada lebih 20 cucu itu disifatkan sebagai seorang yang penyayang.
Mahirah berkata, dia berterima kasih meskipun arwah datuknya sudah lama tidak aktif dalam bidang seni, namun masih diingati.
“Terima kasih mengambil tahu mengenai pemergian arwah. Doakan yang baik-baik buat arwah datuk,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Allahyarham Wahid akan dibawa ke Pusara Aman, Singapura pada jam 1 tengah hari untuk dimandikan dan diuruskan pengebumian.
Terdahulu, tersebar berita dalam kumpulan WhatsApp tanpa disebutkan secara terperinci.
“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan, dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay atau Abdul Wahid bin Ahmad kembali ke rahmatullah sekitar jam 8 pagi pada 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Aamiin. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.
Menjadi sebahagian sejarah kegemilangan filem Melayu klasik antara era 1950-an hingga 1960-an, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Ahmad terkenal dengan filem terbitan studio Cathay Keris seperti Pontianak pada 1957, Sumpah Pontianak (1958), Che Mamat Parang Tumpul (1960) dan Badang (1962).
Kerjaya lakonannya bermula ketika bekerja di studio sebagai tukang cat sebelum ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam filem Pertaruhan sekitar 1940-an.
Kehebatan Wahid yang boleh meniru suara haiwan seperti ayam dan burung juga satu kelebihan suaranya sering kali digunakan sebagai latar belakang bagi filem tertentu.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.