“Kau Jgn cuba2 nak lempang Wife aku ..” Baru saja tular isu Shila di pukul.. Tak sangka ini kata2 Ubai kepada adik ipar..

Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai Mz tampil memberikan amaran kepada adik iparnya,

Syafiq yang bengang dengan tindakan Shila yang mahu menjual banglo yang didiami mereka, baru-baru ini.

Menerusi ciapan di laman X (Twitter), Ubai mendedahkan bahawa isterinya itu mula bekerja sejak berusia 10 tahun dan tidak pernah memegang wang

‘Kau jangan cuba-cuba’, Suami Shila Amzah bagi warning kepada adik ipar

kad bank dan kad pengenalan sehingga usia 28 tahun serta mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga.

“Penderaan mental dan fizikal dalam tempoh 3 tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami.

Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga.

Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja. Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan.

Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’.”-dedah Ubai di X

“Kau Jangan Cuba-Cuba Lempang Wife Aku Lagi…”

Dalam pada itu, Ubai turut memberi amaran kepada adik iparnya, Amir Syafiq agar tidak berani mencuba untuk sepak (lempang) isterinya.

“Kau jangan cuba-cuba lempang wife aku lagi. Aku tiktokers terhebat.”-ciapan Ubai lagi

Akui teruk dihina oleh darah daging sendiri, Shila Amzah menerusi ciapan di X, menyatakan bahawa dia bakal membuat kenyataan rasmi serta memberikan ‘hint’ bakal meluahkan apa yang dipendam selama bertahun-tahun.

“Selepas semua penghinaan yang saya dapat. Saya akan buat kenyataan rasmi. Bertahun-tahun berdiam diri, akan berakhir.”-ciapan Shila di X

Baru-baru ini, kemelut di antara adik beradik Shila ini bermula selepas adiknya, Syada Amzah membuat pendedahan di Instagran mengenai kehadiran individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba datang ke rumah untuk melihat kediaman berkenaan.

Tambah Syada, dia menyifatkan mereka sekeluarga seperti haiwan jalanan kerana dihalau daripada rumah sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.