Penat dikecam rakyat Malaysia, suami Che Ta mengaku dialah punca Azizulhasni tersingkir
Baru-baru di kejohanan trek berbasikal Sukan Olimpik, penyertaan Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan dalam heat pertama gara-gara memotong pacer dalam acara keirin.
Beliau dikatakan memulakan strategi dengan membuat gerakan awal dengan memotong pelumba lain sebelum pacer keluar dari trek.
Dia telah dikesan melepasi pacer dan seterusnya disingkirkan dari saingan.
Bukan sahaja Azizulhasni dan pengurusan yang merasai kekecewaan itu, sudah pastinya rakyat Malaysia turut berduka ingin melihat genggaman pingat dari ‘The Pocket RocketMan’.
Susulan itu juga, rata-rata rakyat Malaysia geram dan kecewa dengan penganjur sukan Olimpik dan turut menjadi sasaran adalah individu yang dikenali sebagai pacer yang didakwa bergerak perlahan.
Apa yang mencuit hati, ramai yang menyamakan wajah pacer dengan selebriti Zain Saidin.
Dalam siaran langsung di TikTok, Zain Saidin sambil berseloroh menyatakan alasan mengapa ‘dia’ bergerak perlahan.
@eddymazdamalaysia Die dah minta maaf tu guys. Korang sudah2 lah. Buang yang keruh ambil lah yang jernih. Maafkan die. Ape pon yang penting kita kena sentiasa support atlet kita. Diorang dah buat yang terbaik untuk mengharumkan nama negara.🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Positive guys! #olimpikparis2024 #olympics #olympic #pacer #zainsaidin #keirin #pocketrocketman #punca #eddymazda ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
“Jetlag baru balik dari Paris ni.
“Motor tu bateri dah habis, terlupa bawak power bank. Jadi la slow.
“Ramai tanya kenapa muka serius sangat masa tu, sebab tengah fikir nak makan apa kat Paris ni. Sebenarnya dah plan dengan Azizul nak bawak slow, bagi budak depan sekali tu langgar, sekali Azizul pecut awal,” katanya.
Walau apa pun, netizen terhibur dengan kata-kata bersahaja dari Zain dan sekurang-kurangnya dapat mengubat kecewa netizen kisah yang berlaku di Paris.
Sumber: TikTok