Perjuangan Rafidah Ibrahim Dipertikai, Didakwa Ambil Pampasan Wang Tunai Berbanding Unit Kondo

Rafidah Ibrahim

KUALA LUMPUR – Isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang tegang kini memasuki fasa baharu apabila perjuangan pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim, mula dipertikai oleh salah seorang pemilik asal tanah di situ. Menerusi satu pendedahan yang tular di media sosial, Rafidah didakwa telah menerima pampasan dalam bentuk wang tunai dan bukannya dua unit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai salah seorang daripada 230 pemilik awal yang bersetuju dengan projek pembangunan semula itu. Pendedahan itu timbul selepas insiden pada Khamis di mana Rafidah dilihat beremosi dan lantang bersuara ketika pihak berkuasa memulakan kerja-kerja meroboh dan membersihkan kawasan rumah yang telah dikosongkan.

Menurut pemilik tanah itu, inisiatif untuk membangunkan semula Kampung Sungai Baru sebenarnya datang daripada penduduk sendiri seawal tahun 2016. Mereka terinspirasi dengan kejayaan pembangunan semula Flat Kerinchi menjadi Kerinchi Residence oleh pemaju yang sama.

Rafidah Ibrahim

Rafidah Ibrahim

- IKLAN -

Rafidah Ibrahim Rafidah Ibrahim Rafidah Ibrahim

Jelasnya, majoriti penduduk bersetuju dengan tawaran pembangunan semula yang disifatkan sangat lumayan.

“Setiap pemilik akan mendapat dua unit kondominium, satu untuk disewa dan satu untuk didiami sendiri. Jika kedua-dua unit disewakan, pendapatan bulanan boleh mencecah RM4,000 hingga RM6,000,” tulisnya, berbanding sewa rumah lama yang lebih rendah.

Individu itu kemudiannya mendakwa bahawa Rafidah, yang merupakan antara pemilik yang terkesan, telah memilih untuk menerima pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Rafidah telah mengambil duit pampasan dan bukannya unit baru kediaman yang ditawarkan,” dakwa hantaran tersebut.

Rafidah Ibrahim

Pendedahan ini pantas mengundang pelbagai spekulasi dan persoalan dalam kalangan warganet mengenai perjuangan sebenar Rafidah dalam isu ini, yang sebelum ini dilihat sebagai wira mempertahankan hak penduduk.

Kerajaan sebelum ini merancang pembangunan semula Kampung Sungai Baru dengan projek komersial dan kondominium mewah, yang membawa kepada proses pengambilan tanah. Walaupun notis pengosongan awal telah diberikan, sebahagian kecil penduduk termasuk yang diwakili Rafidah, tetap membantah, menuntut pampasan yang lebih setimpal atau penempatan semula yang adil.

Bagaimanapun, dakwaan yang tular di media sosial ini masih belum mendapat sebarang respon rasmi daripada pihak Rafidah Ibrahim.

Kredit – Facebook Ishaq Marazi