Slepas 24 jam dilaporkn hilang.. Akhirnya Polis sahkn ini telah brlaku dgnnya..

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang di pusat perniagaan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui, disedari hilang oleh bapanya kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan kanak-kanak berkenaan dan hebahan mengenai kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diedarkan.

“Lokasi terakhirnya adalah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani di sini.


Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah malam tadi. -Foto Sinar Harian

“Kanak-kanak ini berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumarasan berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Pada masa sama, Kumarasan turut meminta ruang untuk siasatan polis dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan itu termasuk yang mengatakan dia sudah dilarikan dan kini berada di kawasan utara negara.

“Saya harap sabar dan jangan buat andaian. Pihak polis sedang siasat, setakat itu sahaja (perkongsian maklumat) sekarang,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Difahamkan, lokasi pusat perniagaan itu sedang berlangsung festival Maqan x Bon Odori sejak kelmarin yang disertai bapa kanak-kanak itu yang juga seorang peniaga.

Usaha menghubungi bapa kanak-kanak perempuan berkenaan gagal apabila dia tidak membalas mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kredit-HM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.