Polis Akan Tahan Eda Ezrin & Lima Rakan Sebaik Tiba di Kelantan – Dua Disiasat Bawah Akta Imigresen

RANTAU PANJANG — Polis Kelantan akan menahan penyanyi dikir barat, Eda Ezrin (Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30), suaminya serta empat rakan sebaik mereka masuk ke negeri ini petang Khamis bagi tujuan merakam percakapan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata penugasan anggota telah dibuat dan semua individu berkenaan akan dibawa untuk siasatan lanjut.

“Kita sudah menempatkan anggota untuk tindakan berkenaan. Bagaimanapun dua daripada enam individu itu yang memasuki Thailand secara haram akan ditangkap di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1958/63,” katanya.

Dua yang disiasat di bawah Akta Imigresen ialah Eridieka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26.
Sementara itu, Eda Ezrin, suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33, akan ditahan bagi tujuan rakaman keterangan.

@hmetromy

‘Saya tidak sangka selepas sembilan bulan akhirnya hari ini saya dapat bertemu dengan Eda Ezrin dan memeluknya bagi melepaskan kerinduan.” Demikian luahan Wan Ismail Wan Yusuf, 52, iaitu bapa kepada penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail.

♬ original sound – Harian Metro

- IKLAN -

Lalui Proses Dokumentasi di Sempadan

Sebelum dibawa pulang ke Kelantan, kesemua mereka perlu hadir ke Balai Polis Sungai Golok dan seterusnya ke Depot Tahanan Imigresen Golok bagi urusan dokumentasi keluar masuk.

@hmetromy

Keluarga penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan mereka mula berkumpul di luar pekarangan Balai Polis Sungai Golok.

♬ original sound – Harian Metro

Bebas dari Tahanan di Thailand

Rabu lalu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan sepenuhnya dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

@hmetromy

Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan yang lain yang dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat tiba di Pejabat Imigresen Sungai Golok.

♬ original sound – Harian Metro

JSJN Ambil Keterangan & Saringan Air Kencing

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, sebelum ini memaklumkan JSJN Kelantan akan memanggil semua individu terlibat untuk dirakam keterangan, selain mengambil sampel air kencing bagi saringan selepas mereka tiba di Malaysia.