“Knp dia mcm tu..”- Kini dibenarkn pulang ke rumah!! Reaksi Eda Ezrin jdi prhatian..

(VIDEO) Eda Ezrin & Rakan Selesai Beri Keterangan Lebih 3 Jam di Balai Polis Rantau Panjang

RANTAU PANJANG — Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin (Wan Norshaheeda Azlin Wan) bersama rakannya Nur Aida Mamat selesai diambil keterangan selepas lebih tiga jam di Balai Polis Rantau Panjang, malam tadi.

Kedua-duanya keluar dari balai pada 11.35 malam sebelum dibawa pulang oleh keluarga mentua dan enggan menemui wakil media yang menunggu di luar pekarangan balai.

TONTON VIDEO :

Terdahulu, Eda dan Nur Aida tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang sekitar 7.15 petang, selepas dihantar oleh kakitangan Pejabat Imigresen Sungai Golok bagi urusan dokumentasi lintas sempadan.

Semalam, media melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan daripada tahanan Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan. Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan pembebasan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk meneruskan rayuan.

- IKLAN -

Untuk rekod, pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain — termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35 — didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan penggunaan dadah. Pada 6 Mac, kesemua mereka dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan pemilikan pil yaba tersebut. Siasatan lanjut di pihak berkuasa Malaysia diteruskan mengikut prosedur.

Sumber –  HMetro, BHOnline