Puas Hati!. Akhirnya Ini Harga Perodua Tawarkan Untuk Bezza Gula Dalam Kereta

Pemilik Perodua Bezza, Nagakanni Subramaniam memaklumkan bahawa Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh.

Nagakanni menerusi hantaran di Facebooknya berkata, Perodua turut memberi tawaran kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar bayaran bulanan yang sama.

“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!

“Dengan keputusan ini, saya tidak perlu lagi membayar untuk kereta lama malah semua bayaran dibuat sebelum ini, saya akan dapat semula.

“Perodua juga memberi tawaran untuk saya membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain,” katanya.

Jelasnya, dia perlu membuat keputusan tersebut dalam masa tujuh hari.

“Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.

“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.

“Tapi saya belajar sesuatu. Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan yang baru dibeli hanya sempat digunakan selama lapan jam sebelum rosak.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.