“Punya lah luas sungai tu diorang dapat jumpa, dah la laju buat kerja tanpa bukti cctv” – Netizen
Selepas kunci kereta, Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, hari ini.
Dompet itu ditemukan pada 12.20 tengah hari ketika operasi pencarian bahan bukti di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, di sini.
Kira-kira sejam sebelum itu, pasukan sama menemukan satu kunci kereta.
Dompet berkenaan ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi kunci berkenaan ditemukan.
Ketika ditanya pemberita sama ada terdapat kad pengenalan (MyKad) mangsa dalam dompet berkenaan, penyelam memaklumkan, “ada.”
Pasukan penyelam kemudian menamatkan operasi pencarian pada jam 1 tengah hari selepas berpuas hati dengan operasi pencarian hari ini.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.
Susulan itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini membenarkan tahanan reman suspek dilanjutkan hingga 29 Julai depan.
Sumber: Harian Metro