“Lps 3 hari hilang.. 3 penculik sah ditahan.. “Tapi polis Sahkan ini pula berlaku kpd Albertine..

Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, jam 1.30 tengah hari.

“Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kumar berkata, kes kehilangan kanak-kanak itu juga sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

- IKLAN -

“Kes diklasifikasikan semua kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan ketiga-tiga individu itu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman,” katanya.

Katanya, kanak-kanak itu juga setakat ini belum ditemui.

Pada masa sama, Kumar turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999,” katanya.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

@utusantvofficial 22 JUL 24: Albertine Leo Jia Hui kali terakhir dilihat di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #AlbertineLeoJiaHui ♬ Sad Violin – Oleg Kirilkov

Kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan berambut panjang berwarna hitam selain berkulit cerah serta bertubuh kurus sederhana.

Kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Kredit-HM

[redirect url=’https://www.padumedia.com/punya-lah-luas-sungai-tu-diorang-dapat-jumpa-dah-la-laju-buat-kerja-tanpa-bukti-cctv-netizen/’ sec=’17’]