Rakaman Ribuan Umat Islam Hadir Solat Jen4z4h Paklah Di Masjid Negara

Van jenazah yang membawa Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi keluar dari kediaman rasmi menuju ke Masjid Negara untuk istiadat pengebumian.

 

Jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi ketika disolatkan sebelum istiadat pengebumian di Makam Pahlawan, Masjid Negara. UTUSAN/SYAKIR RADIN

Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa ke Makam Pahlawan selepas solat jenazah pada istiadat pengebumian di Masjid Negara.
Panglima Angkatan Tentera, Datuk Mohd. Nizam Jaafar (dua dari kiri), Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain (tiga dari kiri) dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris (kanan sekali) yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kanan) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tengah) membacakan doa ketika hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.

Sumber – Media Mulia, Utusan, Bernama, MalaysiaGazette, RTM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*