Tersentak sahabat baik2 meninggal dunia, Ini reaksi PMX semasa tahu PakLah meninggal dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mengimbau kenangan menyentuh hati bersama Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang telah menghembuskan nafas terakhir semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar mendedahkan sisi mulia Allahyarham yang tidak pernah memburukkannya meskipun ketika beliau melalui detik paling gelap dalam hidup.

Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.

Tun Abdullah seorang pemimpin berjiwa besar

Anwar juga menggambarkan Allahyarham sebagai seorang yang tinggi adabnya, walaupun mereka pernah berada di medan politik yang berbeza.

Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan.

Saat terakhir yang mengusik jiwa

Anwar turut mengimbas saat menyentuh hati ketika beliau menziarahi Allahyarham yang ketika itu sudah terlalu uzur.

- IKLAN -

Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.

Anwar turut menyampaikan doa terakhir buat Pak Lah, mengenang jasa dan budi bicara pemimpin yang banyak berjasa itu.

Pemergian seorang negarawan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan kita tentang pentingnya meninggalkan legasi yang dihormati. Marilah kita bersama-sama mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman. Al-Fatihah.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim