Rakan2 sebak usaha Shuib, tak lupa doakan sahabat depan Kaabah ketika umrah
Rakan-rakan sebak usaha Shuib apabila berkongsi video dengan mendoakan mereka di hadapan Kaabah sewaktu sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.
Perkongsian daripada rakan-rakan artis seperti Ajak Shiro dan juga Fad Bocey membuatkan warganet turut sebak sama mendengar doa serta ucapan daripada mereka dimana saling mengungkapkan rasa sayang.
View this post on Instagram
Rakan2 sebak usaha Shuib, doakan sahabat & keluarga
Dalam hantaran yang dibuat Ajak, dia telah memuat naik video yang dihantar oleh pelawak, Shuib kepadanya dengan menyertakan sekali kapsyen yang menyentuh hati.
Ujarnya, dia tiada kata-kata yang mampu diungkapkan kerana Shuib seakan mengetahui apa yang dirasai olehnya ketika ini tanpa perlu dia memberitahu.
“Aku takde kata2 nak cakap Eib..Kau seolah rasa apa yg aku tengah lalu..Kalau kau rasa, maknanya kau bukan kawan aku.. Tapi kau Abang aku Eib..
“Apa sahaja doa kau untuk aku, itu jugalah doa yang aku kembalikan untuk kau…Terima kasih Shuib..Ya Allah kau permudahkanlah urusan keluarga ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Rakan2 sebak usaha Shuib, anggap hadiah paling bermakna
Begitu juga dengan Fad Bocey apabila berkongsi video yang diberikan Shuib dengan menyatakan dirinya sudah mendoakan pelawak itu serta keluarga di hadapan Kaabah.
Menurut ahli kumpulan Bocey itu, apa yang dilakukan Shuib ini adalah hadiah yang cukup bermakna buatnya dan mengakui sangat menyayangi sahabatnya itu di dunia serta akhirat.
View this post on Instagram
Ramai tersentuh lihat video mereka
Perkongsian mereka telah menghadirkan pelbagai komen apabila masing-masing mengakui turut tersentuh dengan persahabatan mereka lebih-lebih lagi mendengar apa yang diperkatakan pelawak-pelawak berkenaan.
“Kita pulak menangis”
Semoga doa2 mereka dimakbulkan
Difahamkan, Shuib bersama isteri dan anak-anak telah ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Posting yang dibuat sewaktu berada di Jabal Rahmah telah menuai pelbagai komen apabila masing-masing teringat akan kehadirannya bersama allahyarham Siti Sarah Raisuddin sebelum penyanyi itu menghembuskan nafas yang terakhir.
Sumber: Instagram ajakshiro, fadbocey