Achey dan isteri teruja bakal tunai umrah – “Betapa indahnya perasaan ingin ke tanah suci..”
Pelakon dan pelawak, Achey Bocey meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk tunai umrah bersama keluarga akhirnya tercapai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di laman Instagramnya, dia tidak menyangka doanya selama ini untuk menjadi tetamu Allah dimakbulkan pada hari yang penuh barakah.
Tunai umrah
Achey berkata dia dijangka menunaikan umrah bermula 25 Januari hingga 4 Februari pada tahun hadapan bersama dengan beberapa ahli keluarga lain yang akan diumumkan kelak.
Tunai umrah
“Salam Jumaat berkah, Allah Maha Besar, mama (isteri) berita apakah ini sayangku?
“Lukisan di dalam rumah menjadi saksi betapa indahnya perasaan ingin ke tanah suci. Terima kasih juga @cahayakingdomtravel membuatkan semangat dalam hati ini direalisasikan.
“Insya-Allah saya akan umumkan juga terdapat ahli keluarga yang pergi bersama kami dari 25 Januari hingga 4 Februari 2025. Korang? Sudi tak pergi ke sana dengan kami? Jom laa,” ujarnya.
Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: Instagram @Acheykintangkintung