Aaron Aziz jumpa ‘Thor’, tapi ramai perli Syamsul Yusof – “Melopong Sol”

Aaron Aziz jumpa ‘Thor’, tapi ramai perli Syamsul Yusof – “Melopong Sol”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz membuatkan pengikut media sosial teruja apabila dia bertemu bintang Hollywood, Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero iaitu Thor.

Difahamkan, Aaron menerima jemputan eksklusif sempena Malam Gala Filem Extraction 2 lakonan aktor tampan berasal dari Australia itu yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Metro Manila, Filipina pada Isnin.

Aaron jumpa ‘Thor’!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz dilihat muncul di atas pentas bersama rakan artis Iedil Dzuhrie Alaudin sebelum berjabat tangan dan bergambar dengan Chris.

Turut kelihatan pengarah filem aksi thriller Amerika tersebut, Sam Hargrave serta beberapa individu lain yang turut bergambar di atas pentas sama.

Berdasarkan kapsyen, Aaron meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berkenaan selain memuji kehebatan babak pertarungan dalam filem terbabit.

“Alhamdulillah atas peluang. Allah SWT tahu yang terbaik. Extraction 2 babak pertarungan gempak gila! 100 kali lebih bagus daripada filem Fast X. Kamu semua harus tonton!,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila pelakon Singapura itu dapat bertentangan mata dengan Chris kerana bukan mudah untuk bertemu bintang Hollywood yang terkenal di seluruh dunia.

Power! Sama pentas dengna Chris

OMG! Sebaris dengan bintang Hollywood

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen seolah-olah memerli pengarah sensasi Syamsul Yusof yang pernah menggugurkan nama Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster (TOG).

Tahniah! Melopong Syamsul

Otai masih berbisa

Syamsul goyang mat

Pedulikan orang yang perasan bagus

Aaron dah taraf antarabangsa!

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*