Reka cerita diculik, remaja minta tebusan RM100,000 pada keluarga

Gara-gara ingin hidup bebas dan tidak mahu dikongkong, seorang remaja wanita sanggup mereka cerita dirinya konon diculik dengan meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.

Difahamkan, wanita itu menipu ahli keluarga dengan menaip sendiri mesej sebelum mengirimnya melalui WhatsApp.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar selepas pihak polis menahan remaja tersebut pukul 10 malam, kelmarin untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya keluar bersama keluarganya di pusat beli-belah di Ampang sebelum memberitahu mahu ke tandas.

Sumber berkata, selepas dua jam menunggu, remaja itu tidak kelihatan menyebabkan bapanya mencari di seluruh pusat beli-belah itu namun tidak menemuinya.

“Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat.

“Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan polis mendapati kehilangan wanita itu bukanlah kejadian culik sebaliknya mangsa menghilang diri ketika ke tandas, sebelum tinggal di rumah kawan lelakinya di Shah Alam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan suspek direman dua hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan 182 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*