“Kerja kuat bukan nak jadi kaya, tapi…” – Rita Rudaini muatnaik status ini buat ramai setuju
Pelakon Rita Rudaini menegaskan dia kerja kuat bukan nak jadi kaya sebaliknya mahu membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna dengan lebih baik.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, dia berkata segala perbelanjaan untuk membesarkan anak-anak dibawah tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tunggal.
Kerja kuat bukan nak jadi kaya
“Isi rumah suami dan isteri bekerja tapi tak boleh kira sekali sebab nafkah wajib di bawah tanggungan suami.
“Anak? Berapa orang? Semua sekolah..belum lagi ibu tunggal, tunggul dan tinggal.
“Anak-anak kena sekolahkan. Perbelanjaan semua Sdn Bhd (tanggung sendiri). Bayar zakat, cukai pun sama survive Sdn Bhd..
“Kerja kuat bukan nak jadi kaya tapi nak tanggung anak-anak hidup di kota besar. Macam mana nak hidup kalau hak di ‘nafikan’,” katanya.
Kerja kuat bukan nak jadi kaya
Terdahulu, Rita menerima Anugerah Ibu Ikon bersempena majlis Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.
Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan Aidil pada 2008 namun memilih jalan untuk berpisah September 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: Instagram @Rita Rudaini
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.