Rupanya Ini Trik Liza Aziz Supaya Suaranya Maintain Sedap Sepanjang GV11

Mahu memastikan suara sentiasa berada dalam keadaan baik, penyanyi Liza Aziz mendedahkan sudah 12 minggu tidak mengambil makanan pedas sepanjang bertanding dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11.

‘Skip’ makan pedas

Liza atau nama lengkap Norliza Abdul Aziz, 62, berkata, dia juga dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengambil makanan pedas dan perbanyak minum air.

Saya ada ‘pantang’ selama 12 minggu ini, saya langsung tidak makan pedas. Selalunya saya makan sahaja makanan pedas.

Tetapi atas nasihat doktor juga, sebab nak gunakan suara yang banyak. Kalau makan pedas nanti suara akan ‘sore’ (pedih).

Saya juga banyak minum air. Ada satu minggu saya tidak berapa sihat disebabkan kurang minum air.

Liza berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert akhir GV11 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

Mahu pergi umrah

- IKLAN -

Dalam pada itu, disoal mengenai wang kemenangan, Liza memberitahu akan menggunakan duit tersebut untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarga.

Perancangan dengan duit kemenangan, saya mahu menunaikan umrah. Saya mahu pergi dengan kakak saya, Azlina dan adik-beradik lain. Niat mahu ke sana sudah lama.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Bermula Cerita’ itu berkata dia akan kembali aktif dalam industri dan mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lagu baharu.

Sangat berbaloi perjuangan selama 12 minggu dan saya sangat gembira melihat peminat gembira.

Saya akan kembali aktif dan insya-Allah mahu keluarkan single terbaharu duet dengan Azlina.

Pada bulan Ramadan pula, sebulan saya akan berada di Brunei untuk ‘show’ di sana.

Terdahulu, Liza berjaya dinobatkan sebagai juara GV11 sekali gus menewaskan lima pencabar lain iaitu Ning Baizura, Sheila Abdul, Dadali Dyrga, Zehra Zambri dan The Lima.