“Kmi pn dh tua, dh smakin dkt..” – Hmpir 2 thn tk jumpa. Ini psanan trakhir Dato Yusof Haslam kpd Syamsul

SEKIAN lama menanti kepulangan anak, penerbit Datuk Yusof Haslam reda jika Syamsul Yusof masih enggan pulang bertemu keluarga.

Yusof, 70, berkata, dia dan isteri iaitu Datin Patimah Ismail hanya mampu berdoa kesejahteraan anaknya walaupun sudah tidak lagi bersua muka.

“Kami sekarang ini sudah tahap reda. Kami tak pernah buang dia dan pastinya sentiasa merindui dan menyayanginya.

“Jika dia ingat mahu balik, Alhamdulillah. Terserahlah kepada dia nak balik atau tidak,” katanya kepada mStar.

Patimah dan Yusof sudah tidak berharap Syamsul akan pulang bertemu mereka.

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya yang berlangsung di kediamannya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Yusof memberitahu dia dan Patimah sudah tidak berjumpa Syamsul sejak dia berkahwin dengan Ira Kazar pada Januari 2023.

Katanya, mereka tidak pernah menyimpan rasa benci terhadap Syamsul walaupun sukar menerima keputusan yang dibuat.

“Ketika awal dia tak pulang ke rumah dulu ada juga rasa terluka. Sekarang masa sudah berlalu, saya lebih fokus dekatkan diri pada Allah dan menikmati hari-hari bersama keluarga.

“Kami juga ada anak-anak dan cucu-cucu yang lain.

“Kenapa nak beratkan otak fikir fasal ini? Walau apa yang berlaku, saya tak pernah ada perasaan benci,” kongsinya.

Yusof tetap menyokong karier Syamsul sebagai pengarah.

Sebagai bapa dan penerbit filem, Yusof juga akan sentiasa menyokong hasil kerja Syamsul walaupun bukan diterbitkan di bawah syarikat milik keluarga itu Skop Productions.

“Ketika Syamsul buat filem sebelum ini ada yang beritahu dan minta saya sokong karyanya. Mestilah saya akan sokong. Saya juga mahu melihat Syamsul berjaya biarpun tidak bekerja dengan saya.

“Biar nanti orang kata yang berjaya itu adalah anak Yusof Haslam,” luahnya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.