Aris Ariwatan bangga anak genggam ijazah Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang
Penyanyi popular era 1990-an, Aris Ariwatan bangga apabila anak lelakinya, Muhammad Nabil Fikri berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang dari Universiti Kuala Lumpur, (UniKL).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh UniKL di laman Facebook, Aris meluahkan rasa syukur hasrat anaknya untuk mengenggam segulung ijazah akhirnya tercapai.
Aris Ariwatan bangga
“Syukur kepada Allah pada hari ini saya menumpang bangga kerana anak saya berjaya mencapai sehingga peringkat ijazah,” katanya.
Aris turut menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya golongan muda untuk terus menuntut ilmu agar dapat memberi kebaikan serta manfaat kepada masyarakat.
Aris Ariwatan bangga
“Saya doakan semoga semua berjalan dengan lancar, ingat carilah ilmu sementara muda ni kerana Allah dan manfaatkan kepada masyarakat,” ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Nabil mendedahkan dia kini sedang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya dalam bidang Pengurusan Penerbangan sambil bekerja di Galaxy Aeroangkasa.
“Alhamdulilah, sekarang ni saya tengah sambung sarjana dalam Pengurusan Penerbangan dan insya-Allah akan graduated pada tahun hadapan.
“Saya sedang bekerja sebagai di Galaxy Aeroangkasa, bertujuan untuk menjadi juruterbang atau jurutera berlesen,” kata Nabil.
Tahniah kepada Nabil!
Dalam pada itu, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Nabil atas kejayaannya dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan kelak.
Sumber: Facebook @Universiti Kuala Lumpur