‘Satu jer nak kata..kita tunggu dan lihat..klau x silap pd yg pertama dulu ckp mcm tu juga mula2nya..’

Pelakon Hafidz Roshdi mengambil pendekatan tidak mengendahkan kecaman dan kata-kata negatif netizen yang dilemparkan terhadap dirinya dan isteri, Athira Yuhada.

Pelakon yang mendirikan rumah tangga kali kedua baru-baru ini itu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara terbabit.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat bahagia dan tenang.

“Perasaan saya ketika ini adalah sangat gembira dan bahagia. Itu saja yang boleh saya simpulkan,” kata Hafidz.

Terdahulu, tular video di TikTok Hafidz dan Athira sedang berbulan madu di Kuantan, Pahang.

@kuantan188 Terima kasih @MuhammadHafidzRoshdi dan @Athira Yuhada kerana kongsikan pengalaman Skywalk dengan kami dan Selamat Pengantin Baru. Hafidz Rosdi dah, aokme bila lagi ? Untuk matlumat lanjut mengenai skywalk. 💻: https://www.kuantan188.com.my/ 📞: +60 9 513 5821 📲: (WhatsApp only) +60 10 275 0188 / +6011 7514 0956 📧: info@kuantan188.com.my #kuantantower #kuantantower188 #extremekuantan188 #kuantan #pahang #worldfederationofgreattowers #WFGT #wargapahang #wargakuantan #cafekuantan #tourismpahang #FieldTripKuantan #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #fypgakni #malaysia #hafidzroshdi #athirayuhada ♬ original sound – Menara Kuantan

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang juga pemilik bisnes di Pahang turut mengundang perhatian ramai.

Hafidz atau pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi, 29, sah bergelar suami kepada Athira pada 16 Disember lalu.

Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016 namun bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.