Dapat bantuan sejak 2018 lagi, Wanita 7 anak luah “saya minta pampers jenis pants dia hantar yg tape..”

Baru-baru ini, rakaman video seorang asnaf yang mengkritik kelemahan sistem pengurusan agihan bantuan derma daripada pihak Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) sempat tular di media sosial. Nampaknya, kelantangan Puan Putri menyuarakan isu berkenaan telah mengundang respons berbeza daripada netizen.

Tunggakan sampai 2-3 bulan…Saya order jenis seluar, diaorang hantar jenis tape

Berdasarkan keluhan yang disuarakan, Puan Putri berkata pihak MAIWP tersalah mengagihkan bekalan lampin buat anak-anaknya. Dia sebelum ini memohon lampin jenis seluar, namun hanya memperolehi lampin jenis pelekat. Bukan itu sahaja, bekalan tersebut juga dikatakan lambat tiba dan masalah ini telah berlarutan selama beberapa bulan.

Bukan hanya lampin, susu pun ada yang tak dapat

Dunia sudah berada di hujung jari, Puan Putri berpendapat pihak MAIWP sewajarnya menambah baik sistem pengurusan bantuan itu daripada manual kepada sistem atas talian yang lebih efisien. Semuanya bagi memastikan setiap asnaf menerima bantuan yang tepat, cepat dan juga telus tanpa sebarang masalah mendatang.

- IKLAN -

Saya tak takut sebab saya ada Allah…Allah yang suruh saya macam berani bercakap

Tegas Puan Putri, keluhan yang disuarakan ini juga turut mewakili golongan asnaf lain yang berdepan masalah sama. Katanya, ada segelintir yang takut menyuarakan isu ini lantaran gusar menerima ugutan pembekuan bantuan bulanan atau tahunan.

@aatvmedia.officials Asnaf Bongkar Kelemahan Sistem kuno MAIWP & Baitulmal Luah rasa kecewa Bantuan MAIWP Lambat dan Salah Hantar….. KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Seorang penerima bantuan asnaf, Puan Putri, meluahkan rasa kecewa dan keceburuan terhadap kelewatan serta kesilapan dalam agihan bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak-anaknya. Menurut Puan Putri, permohonan bantuan pampers jenis seluar saiz XL sering kali ditukar kepada jenis “tape”, selain proses kelulusan bantuan yang sering tertangguh hingga dua hingga tiga bulan. “Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya dalam kenyataan kepada media. Beliau turut menyuarakan bahawa ramai golongan asnaf lain yang tidak berani bersuara, bimbang permohonan mereka akan dibekukan atau ditolak. Keadaan ini menyebabkan sesetengah keluarga hidup dalam tekanan berpanjangan kerana bantuan asas tidak sampai mengikut jadual. Puan Putri turut mencadangkan agar sistem bantuan MAIWP ditambah baik menggunakan sistem digital dan dalam talian sepenuhnya bagi mengelakkan kelewatan dan kesilapan berulang. Isu ini turut mendapat perhatian netizen selepas dakwaan wujudnya unsur “kartel” dalam pengagihan barang bantuan turut dibangkitkan oleh individu lain yang hadir dalam sesi tersebut. “Saya bukan mahu menjatuhkan sesiapa, tapi saya hanya mahu keadilan untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Kami tak minta banyak, cuma mahu sistem yang adil dan cepat,” ujar beliau. #SuaraAsnaf #BantuanAsas #MAIWP #TelusDanBerhemah #KeadilanUntukAsnaf #SistemDigitalSekarang #AsnafPerluDibela #PampersAnakSaya #IsuBantuanLambat ♬ Epic Cinematic – Florews

KREDIT : TikTok AATV MEDIA