‘Sebelum sy pulang.. di sinilah pus4ra tnpa nlsan Sabari’ – Tak cukup dgn itu ini kata2 Isteri sabari

Jitra: “Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya datang ke sini Sungai Padang Terap, Kampung Empa, ini buat kali terakhir kerana di sini jasad suami bersemadi.

“Untuk sementara waktu ini, di sinilah pusara tanpa nisan Sabari Baharom, 62, namun saya reda dengan apa yang berlaku, ” kata Shubiah Roslina Shahibi, 57.

Menurutnya, dia akan datang semula ke sini jika berkelapangan atau jika dimaklumkan ada penemuan jasad Sabari di sini nanti.

Katanya, dia perlu pulang segera ke Kuala Lumpur hari ini untuk mengurus dan menyelesaikan pelbagai hal selepas tiga hari berada di Kedah untuk mengikuti perkembangan terkini operasi pencarian suaminya di Sungai Padang Terap itu.

“Walaupun sedih kerana harapan untuk menemui jasad suami amat tipis, namun saya terima dugaan ini seadanya.

“Kini, di sinilah tanah kubur tempat dia bersemadi. Biro Agama Felcra tempat arwah bekerja dulu juga akan melakukan solat ghaib dan tahlil untuk arwah

“Saya beritahu buat lah mana yang baik, walaupun pencarian sudah diberhentikan maknanya kita harus terus terima apa yang berlaku tetapi jika ada keajaiban (jumpa jasad) tu lain cerita lah kita buat apa yang patut nanti,” katanya ketika ditemui di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jalan Wang Tepus, di sini bersama sanak saudaranya hari ini.

Dia juga datang untuk mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat suaminya yang dipercayai terkubur di sungai itu selepas dicampak hidup-hidup pada hari kejadian.

Dalam pada itu Subhiah berkata, dia berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam menguruskan kes kehilangan suaminya.

Katanya, dia memahami kemampuan pihak berkuasa dalam usaha mencari suaminya memandangkan kejadian yang sudah lama berlaku.

“Saya dimaklumkan dasar sungai itu ada pusaran jadi kalau diteruskan juga, ia merbahaya kepada pasukan penyelamat dan mereka kemudian menghentikan operasi ini.

“Namun mereka akan cuba sedaya upaya untuk melakukan siasatan dari segi lain untuk mendakwa suspek,” katanya.

Subhiah berkata, dia dan keluarganya sudah terima dan reda dengan ketentuan Ilahi meskipun kerinduan terhadap suaminya itu amat kuat.

Katanya, anak perempuannya yang berusia 30-an juga sangat menyenangi arwah walaupun Sabari hanyalah bapa tiri kerana layanan yang diberikan sangat baik sehinggakan anaknya sudah menyayangi arwah.

“Tapi tergamaklah mereka buat macam tu kepada suami saya sebab duit,” katanya.

Sementara itu, operasi pencarian Sabari Baharom, 62, yang juga pesara pegawai kewangan Felcra yang bermula Isnin lalu ditamatkan semalam.

Operasi itu disertai Unit Selam, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu itu tertumpu di lokasi Sungai Padang Terap di Kampung Empa sehingga Sungai Kepala Batas kira-kira 13 kilometer.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Operasi pencarian dijalankan susulan penahanan suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun Jumaat lalu.

Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan kereta jenis Proton Waja dinaiki mangsa kemudiannya ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.