“Sebab Diri Memang Lemah..” – Heliza Helmi Pilih Berjauhan Dengan Keluarga Di Bulan Ramadan, Pergi Ke Turkiye Demi Cari Ilmu

Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi memaklumkan Ramadan kali ini dirinya berjauhan dengan keluarga demi mencari ilmu agama di Turkiye.

Mohon doa orang ramai

Dalam perkongsiaan Heliza di Instagram, dia memohon doa daripada orang ramai agar segala urusannya di negara tersebut dipermudahkan.

Doakan kami. Ramadan kali ini perlu lebih mujahadah kerana berada jauh dari tanah air dan keluarga demi sebuah ilmu.

‘Diri ini memang lemah lagi hina’

Dalam pada masa yang sama, Heliza turut merasakan dirinya terlalu ‘kerdil’ kerana banyak lagi ilmu yang perlu ditimba olehnya ketika berada di Turkiye.

Setiap perjalanan hidup daripada kita berbeda, adakalanya MasyaAllah adakalanya Astagfirullah, namun jangan pernah lelah untuk terus perbaiki diri.

Difahamkan, perjalannya ke Turkiye untuk menimba ilmu agama turut disertai oleh adik Heliza iaitu penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi.

SUMBER : Instagram

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.