Syatilla Melvin Syukur Rumah Tangga Tak Pernah Diganggu ‘Penyondol’

Lapan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa syukur tidak pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga atau ‘penyondol’.

Memetik Harian Metro, Syatilla turut berdoa agar rumah tangganya dalam keadaan baik dan dilindungi Allah. Ujarnya lagi, naluri seorang isteri pasti akan dapat tahu jika ada perkara tidak kena.

“Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing.

“Kami dah 14 tahun berkawan, dia buka mata je dah tahu saya macam mana, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau ada sebarang perkara yang tidak kena, kami boleh baca fikiran masing-masing. Dia takkan boleh tipu.

“Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu. Kalau ada benda yang tak kena terjadi, saya akan tahu.

“Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik. Setiap hari saya berdoa minta Allah lindungi rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan usia pun sudah makin meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Syatilla menyifatkan dirinya bertuah kerana memiliki suami yang tahun menjaga batas serta sedar diri bahawa sudah berkahwin.

“Saya tak pernah letakkan sebarang syarat ketika di keluar bekerja sebab Sam jenis orang yang sedar diri. Kita dah kahwin, macam dia tak suka kalau kita pegang-pegang lelaki lain, macam tu juga saya tak suka kalau dia pegang perempuan lain.

“Jadi, dia tidak buat perkara itu. Sam faham apa yang saya tak selesa dan kami sama-sama cuba kekalkan prinsip itu, Insha-Allah selamat (rumah tangga),” katanya.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan itu,  dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.