Shuib dan Watie ‘honeymoon’ di Langkawi sebelum bawa anak-anak cuti di Turkiye

Shuib dan Watie ‘honeymoon’ di Langkawi pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad selamat menamatkan zaman duda dengan melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihan hati, Watie Hanifiah.

pasangan ini memilih Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi bulan madu sebelum sekali lagi membawa anak-anak pergi bercuti di Turkiye.

Malah, meninjau di platform media sosial, jelas memaparkan Shuib dan Watie berada di lapangan terbang sebelum berangkat pergi menikmati masa romantis bersama.

Disoal mengenai perihal zuriat, pasangan ini menyatakan tidak merancang untuk segera memiliki cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga.

Malah, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mendedahkan Shuib meminta dirinya untuk fokus menjaga anak-anak hasil perkahwinan Shuib dan bersama Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Katanya, Shuib memang menyatakan hasrat untuk dirinya menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak-anak.

“Dari awal lagi, dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,”ujarnya.
Jelas pelawak 39 tahun yang juga penyampai radio Suria FM, dia tidak mahu isterinya terlalu sibuk bekerja sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai.

Sementara itu, Shuib memberitahu buat sementara waktu dia lebih senang membiarkan ibunya menjaga anak bongsu, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Tambah Shuib, dia ada beberapa projek perniagaan dan berkemungkinan ada melibatkan isterinya, namun tidaklah sepenuhnya kerana mahu Watie memberi fokus kepada keluarga.

“Tapi sepenuhnya dia harus beri fokus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.
“Uwais (anak sulung) sekarang ini dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian ibu bapa,”ujarnya.


Sekadar info, majlis perkahwinan pasangan ini adalah bertemakan dusty pink yang mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

Sumber: mStar (Farol Hadi)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.