Sebenarnya akak nak main hujan & waterjet je kan baik mengaku HAHAHAHA.

Pembawaan seorang ibu mengandung terkadang menyebabkan mereka memiliki perasaan mahu makan atau melakukan sesuatu yang sangat pelik. Selagi mampu, kebanyakan suami pastinya akan berusaha sehabis baik dalam menunaikan kehendak isteri meskipun adakalanya apa yang diminta agak sukar diterima akal fikiran.

Ragam orang mengandung ke ini? Seram pulak kita

Minggu lalu, video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @Kekanda Dia telah menjadi tular sehingga meraih puluhan ribu jumlah tontonan. Dapat disaksikan dalam rakaman berdurasi 26 saat itu, isterinya dikatakan tiba-tiba teringin membasuh kereta mereka walhal ketika itu hujan sedang turun membasahi bumi.

Dah la hujan, sibuk nak basuh kereta

Meskipun agak menghairankan, suaminya tidak menghalang mala pergi menemani wanita itu dari beranda rumah mereka. Sambil memakai baju hujan berwarna hijau, sesekali ibu hamil itu akan baring di atas jalan tar dan menyembur water jet ke udara sambil dirakam suaminya.

@frizxl Ragam orang mengandung ke ini? Seram pulak kitašŸ˜« #seramtiktok #haahlah #ibumengandung ā™¬ original sound – imeranbrad

Tambah lelaki ini lagi, ia bukanlah kali pertama isterinya meminta hal yang pelik-pelik.

Boleh tu bukaĀ carwashĀ 9 bulanā€¦Nak main air je kan? Baik mengakuā€¦Kenangan manis

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen nyatanya terhibur selain berseloroh wanita itu sebenarnya mahu bermain air secara suka-suka. Ada juga ibu TTC yang memanjatkan harapan semoga satu hari nanti mereka mampu merasai pengalaman manis sebegitu.

KREDIT : TikTokĀ Kekanda DiaĀ & FBĀ Sayaiday.com

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.