Guna duit sendiri RM10K untuk cantikkan sekolah. Lepas dah lawa, tiba2 diarah pindah sekolah lain yang lagi jauh

Nama Cikgu Ayu yang kini sudah menjadi usahawan sepenuh masa pastinya masih diingati oleh netizen khususnya di media TikTok. Walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai pendidik, wanita ini merasa sungguh terkilan setelah mendapati ada seorang pegawai KPM seakan-akan terus menindas maruah dirinya. Justeru, Cikgu Ayu nekad mendedahkan segala kebenaran yang sudah lama dipendam sekaligus membersihkan semula nama baiknya.

Balik maghrib dengan PPM sebab takut kena lagi dengan pegawai atasan

Ketika berkhidmat sebagai guru prasekolah, Cikgu Ayu berdepan tekanan daripada pegawai tersebut yang mengerah agar kawasan sekolah tempatnya bertugas dicantikkan sehabis baik. Walaupun tidak mendapat peruntukan sewajarnya, Cikgu Ayu sanggup berhabisan kira-kira RM10,000 untuk menampung kos lukisan mural di sekitar kawasan sekolah.

Bukan luaran sahaja, malahan Cikgu Ayu bersama rakan sekerja lain yang bertugas waktu itu turut mengambil inisiatif untuk menghias ruang dalam prasekolah menggunakan kudrat semampunya.

Selepas berhabis RM10K ceriakan prasekolah, saya dipindahkan ke lokasi sejauh 1 jam 45 minit

Malangnya, segala titik peluh dan pengorbanan yang dicurahkan ibarat langsung tidak dihargai oleh pihak atasan tersebut. Namun entah mengapa, individu itu seakan tidak telus dalam menilai dan sentiasa mencari kesalahan remeh ketika pemantauan dijalankan di prasekolah kendalian Cikgu Ayu. Bukannya mendapat ucapan terima kasih, guru wanita ini malah dipindahkan ke sekolah lain setelah berhempas-pulas menceriakan prasekolahnya.

Aku berhenti sebab dia…Sapa tak sayang? Gaji RM4,000 kot sebulan

Tidak cukup di situ, Cikgu Ayu juga kesal kerana individu sama telah menggunakan nama serta gambarnya dalam beberapa taklimat bersama cikgu-cikgu lain sebagai contoh buruk. Walaupun jiwa pendidiknya masih kuat, tekanan bertubi-tubi yang dirasakan akhirnya membuatnya nekad untuk meletakkan jawatan.

“Lama aku sabar. Aku dah berhenti pun, dia usik lagi aku”

KREDIT : TikTok cikguayu_imtecerdua

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*