“Alhamdulillah, Sedikit Lega Buat Waris..” PTPTN Lunaskan Pinjaman & Serah Khairat Kepada Keluarga Mangsa

Dalam suasana duka yang masih menyelubungi tragedi nahas bas UPSI di Gerik, ada sinar kecil buat keluarga mangsa.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil inisiatif melunaskan baki pinjaman pendidikan kesemua 13 pelajar yang terkorban dalam insiden tersebut.

Selain itu, pihak waris turut menerima sumbangan khairat kematian sebagai tanda prihatin dan sokongan moral daripada PTPTN dan kerajaan.

“Kita harap ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa,” kata wakil PTPTN.

Di sebalik duka tragedi nahas bas ekspres yang mengorbankan 15 pelajar UPSI di Gerik tempoh hari, hadir sedikit kelegaan buat keluarga mangsa apabila diumumkan bahawa 13 daripada pelajar terlibat adalah peminjam PTPTN dan telah menerima manfaat penuh daripada skim perlindungan takaful.

Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi Facebook rasmi beliau.

Penyelesaian penuh hutang PTPTN

- IKLAN -

Menurutnya, semua pinjaman pendidikan PTPTN yang ditinggalkan oleh 13 pelajar ini telah diselesaikan sepenuhnya melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman PTPTN.

Waris terima RM1,500 seorang sebagai khairat kematian

Foto Malaysia Gazette

Lebih menyentuh hati, keluarga kepada 13 pelajar ini turut menerima bayaran khairat kematian sebanyak RM1,500 seorang sebagai sedikit sumbangan meringankan beban mereka yang sedang berkabung.

Kesemua 13 pelajar tersebut mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman mereka… Selain itu, kesemua 13 waris ini juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM1,500.00 bagi setiap pelajar.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan lega apabila urusan hutang pendidikan mangsa tidak membebankan waris, bahkan diselesaikan secara baik dan profesional.

Alhamdulillah, bagi yang masih belum mengetahui, setiap peminjam PTPTN sebenarnya dilindungi di bawah skim takaful. Ini membuktikan bahawa pinjaman pendidikan bukan hanya berkisar kepada aspek pembayaran semata-mata, tetapi turut merangkumi perlindungan kebajikan peminjam serta ahli keluarga mereka.

Kredit: Facebook Zambry Abd. Kadir via OhMedia