“Selamat hari jadi Mommy” – Jambangan bunga dan kad ucapan daripada Fattah buat Fazura, kek kiriman keluarga curi perhatian

WALAUPUN sedang diuji dengan masalah rumah tangga, pelakon Fattah Amin tidak melupakan hari jadi isteri iaitu Nur Fazura yang ke 41 tahun pada Jumaat.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menghadiahkan jambangan bunga berserta kad ucapan dengan menitipkan doa agar kehidupan isteri tersayang sentiasa diredai dan diberkati Allah SWT.

“Mommy (panggilan Fazura), Selamat hari lahir Mommy, Daddy (Panggilan Fattah) doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa gembira.

Rumah tangga Fattah dan Fazura sedang diuji.

“Malah Dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” katanya.

Fazura turut berkongsi gambar jambangan bunga dan kad ucapan daripada Fattah menerusi Instastory miliknya pada pagi Jumaat.

Malah aktres itu turut mengucapkan terima kasih kepada Fattah atas hadiah diberikan kepadanya.

“Terima kasih Daddy Fatima,” katanya ringkas.

Tidak terhenti di situ, Fazura turut bekongsi video menunjukkan kek hari jadi kiriman keluarganya.

Apa menarik perhatian, kek berkenaan dihiasi dengan dua patung mirip Fazura dan anaknya Fatima.

Pada Rabu lalu, Fazura dan Fattah mencuri perhatian apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes penceraian mereka.

Kek hari lahir kiriman keluarga Fazura.

Bagaimanapun kes itu disambung pada 7 Oktober depan.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.